AMEkonomi @ My LNA

KPKT TERUSKAN AGENDA DAYA HUNI KELUARGA MALAYSIA MELALUI PEMBANGUNAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BERA, PAHANG

258

Oleh KPKT

BERA, 22 OKTOBER 2022 – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bera yang bakal memberi manfaat kepada penduduk Bera. Majlis telah diadakan di Rejimen ke – 34 Artileri Diraja, Kem Bera, Pahang pada petang ini.

Turut hadir adalah YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB. Dato’ Abdul Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang; YB Dato’ Sri Norolazli bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang; Brigedier Jeneral Khairul Izan bin Muhammad Suffian, Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU); Kolonel Haji Ayob bin Yahya, Komander Garison Bera serta barisan pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Kerajaan memberi fokus kepada pembinaan PPR bagi memastikan aspek ketersediaan perumahan rakyat dipenuhi khususnya bagi manfaat golongan B40 bagi mencapai hasrat ‘Satu Keluarga Satu Rumah’. Pembangunan Projek PPR adalah selari dengan agenda Kerajaan di dalam menyediakan dan memastikan 500,000 unit rumah mampu milik dapat disediakan di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12. Sehingga 31 Ogos 2022, sebanyak 156 projek PPR yang meliputi hampir 100 ribu unit kediaman telah dibangunkan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM8.6 bilion secara keseluruhannya.

Majlis Pecah Tanah PPR Bera ini merupakan kesinambungan usaha kerajaan dalam memastikan pembangunan dan pembinaan perumahan mampu milik sentiasa tersedia. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM234 juta bagi membangunkan PPR Bera di atas tanah seluas 90 ekar di kawasan bersebelahan dengan Rejimen ke-34 Artileri Diraja. Ia meliputi 1,000 unit rumah jenis teres satu tingkat termasuk 10 unit rumah bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Berkeluasan 750 kaki persegi, dilengkapi tiga (3) bilik tidur dan dua (2) bilik air, PPR ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti masjid, taska, tadika, dewan serbaguna, ruang kedai, serta pelbagai kemudahan lain.

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, “Kerajaan sentiasa peka dengan keadaan ekonomi semasa dan kebajikan rakyat. Bermula April 2022, kadar kelayakan permohonan PPR telah dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000. Begitu juga dalam soal pembangunan PPR itu sendiri, kerjasama dari Kerajaan Negeri adalah amat dialu-alukan.”

Tambah beliau, “Projek PPR Bera ini dilihat sebagai satu manifestasi dan kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa dan mampu milik kepada Keluarga Malaysia. Selaras dengan keputusan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN), bagi merealisasikan rumah mampu milik, Kerajaan Persekutuan akan membantu dari segi pemberian subsidi dan Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah.”

Negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan projek PPR tertinggi di Semenanjung iaitu sebanyak 31 buah projek yang menyumbang kepada lebih 4,000 unit rumah. Sehingga kini, sebanyak tiga buah projek PPR di Pahang dalam proses pembinaan iaitu PPR Tahan Jerantut, Rumah Malaysia Lanchang dan PPR Beserah Sungai Karang Kuantan.

KPKT akan terus memfokuskan kepada matlamat menyediakan perumahan yang selesa untuk Keluarga Malaysia yang menjadi agenda utama KPKT dalam merealisasikan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) melalui gagasan YB Menteri iaitu “Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia”. Ia selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan perumahan yang selesa dan mampu milik untuk rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...