12 September 2022 – Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) Versi Baharu telah dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini. Program MyTQA tersebut yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 merupakan inisiatif bagi memberikan pengiktirafan kepada produk pelancongan serta memberi penekanan kepada penggiat industri pelancongan supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan dan keperluan untuk menaiktaraf kualiti kemudahan produk pelancongan di Malaysia.
“Penstrukturan semula kategori di bawah MyTQA dari 13 kategori sedia ada kepada 7 kategori baharu adalah berdasarkan segmen-segmen yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Pelancongan Negara (DPN 2020 – 2030) seperti Nature, Adventure & Eco Tourism, Sports & Recreation Tourism, Shopping & Lifestyle Tourism, Aqua & Marine Tourism, Culture & Heritage Tourism, Man Made Tourism dan Business Event Tourism. Penstrukturan semula kategori ini memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai
pemain industri untuk memohon pengiktirafan di bawah Program MyTQA ini.
Sehingga kini sebanyak 61 buah produk pelancongan dari pelbagai kategori di seluruh Negara telah menerima pengiktirafan MyTQA dan bilangan produk ini akan bertambah memandangkan bagi tahun 2022 sahaja pihak MOTAC telah menerima 28 permohonan baharu dan penilaian semula.” kata MOTAC.
Dalam pada itu Menteri MOTAC Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata Program MyTQA akan berperanan sebagai rujukan kepada orang ramai untuk memilih produk pelancongan yang terbaik untuk dilawati.
Katanya penekanan oleh setiap produk pelancongan terhadap aspek Facility, Safety Practices, Staff & Business Operator, Appearance & Experience, Marketing & Promotion dan Sustainable Practices menjadikan produk pelancongan yang telah menerima pengiktirafan MyTQA lebih diyakini untuk dikunjungi oleh para pelancong.
“MOTAC juga sentiasa bersedia untuk memperluaskan Program MyTQA ini kepada lainlain pemain industri di bawah sektor pelancongan, seni dan budaya bergantung kepada kesesuaian serta keperluan dari semasa ke semasa. Kerjasama yang berterusan daripada para penggiat industri amatlah diharapkan supaya dapat bersama-sama MOTAC dalam menjayakan Program MyTQA ini,” tambah Nancy.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment