AM

HARI KEBANGSAAN 2022 DISAMBUT MERIAH

290

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada tahun ini dianjurkan dalam skala besar dan disambut penuh meriah di Dataran Merdeka oleh Keluarga Malaysia sekali gus menunjukkan semangat perpaduan dan cintakan negara yang tinggi.

Sambutan kali ini juga adalah selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang berteraskan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Pelbagai unsur kekaguman dan keunikan ditonjolkan dalam acara perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2022 agar dapat dirasai bersama-sama oleh seluruh Keluarga Malaysia, antaranya:

1. PERARAKAN KERETA KUDA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

Buat julung kalinya Keluarga Malaysia dapat menyaksikan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong menaiki Kereta Kuda Diraja dari Bank Negara ke Dataran Merdeka.

2.PERARAKAN KENDERAAN KLASIK BERSAMA KARYAWAN SENI

30 kenderaan klasik akan menyertai perarakan kali ini yang membawa karyawan seni tanah air.

3.PERARAKAN 65 MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MALAYSIA

Acara yang menarik juga ditampilkan dengan perarakan 65 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan 2022.

4.ORKESTRA RTM

Selain itu, buat pertama kalinya, nyanyian lagu Negaraku oleh 12 orang penyanyi jemputan semasa upacara menaikkan Jalur Gemilang akan diiringi oleh 65 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik RTM, YBhg. Datuk Mokhzani Ismail.

Manakala, lagu tema HKHM 2022 berjudul ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos diiringi oleh 65 orang Koir Keluarga Malaysia.

Penganjuran kali ini juga melibatkan perarakan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti komuniti Orang Asli, cef-cef terkenal dari Persatuan Jurumasak Malaysia, selebriti terkenal tanah air, wira dan wirawati negara yang telah memenangi pingat di temasya sukan antarabangsa dan juga petugas barisan hadapan bagi menghargai pengorbanan mereka di saat sukar ketika negara memerangi pandemik COVID-19. Manakala, pembaca ikrar kali ini diketuai oleh Muhammad Azeem Fahmi, pemegang rekod acara
100 meter negara.

Gabungan kolaborasi strategik antara Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta bersama-sama agensi Kerajaan membawa kesepaduan dan kesepakatan demi kemakmuran negara, diterjemahkan melalui perarakan empat kategori kereta berhias seperti berikut:

i. Kereta berhias Power & Energy (PETRONAS dan Tenaga Nasional Berhad);

ii. Kereta berhias Gabungan Pemacu Telekomunikasi Tanah Air (TM, YTL, Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile);

iii. Kereta berhias MEASAT; dan

iv. Kereta berhias Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kontinjen animasi.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 ini melibatkan seramai lebih 20,000 peserta, 76 ekor haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai pihak dengan anggaran kehadiran Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka seramai 50,000 orang. Sambutan Hari Kebangsaan 2022 disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen penyiar utama iaitu RTM, TV3, Astro AWANI, BERNAMA TV, TV Alhijrah, Awesome TV, TVS, Suke TV serta melalui saluran media sosial Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan Merdeka360.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...