AM

Tahun 2020 adalah tahun yang menuntut pembuktian kepimpinan dalam berparti dan berkerajaan – Salahuddin تاهون 2020 اداله تاهون يڠ منونتوت ڤمبوقتين كڤيمڤينن دالم برڤرتي دان بركراجأن – صلاح الدين ايوب

266

29 Disember 2019 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , YB Datuk Seri Salahuddin Ayub secara peribadi mengganggap bahawa tahun 2020 adalah tahun yang menuntut pembuktian kepimpinan dalam berparti dan berkerajaan.

Menurut beliau yang jugamerupakan Timbalan Presiden Amanah di dalam kenyataan tahun baru 2020 yang dikeluarkan hari ini, tahun 2020 adalah penting untuk masa depan kerjaya politik saya, parti Amanah, Pakatan Harapan dan kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri.

“Bagi peribadi saya sendiri, tahun 2020 adalah tahun yang menuntut pembuktian kepimpinan dalam berparti dan berkerajaan. Ruang masa yang ada adalah untuk menterjemah segala janji dan harapan, memenuhi segala tanggungjawab dan mengubah persepsi negatif yang sentiasa dibina oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap apa jua pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan kepada pemikiran yang lebih positif.

Saya juga akan berusaha dan akan terus melangkah kehadapan bagi menterjemahkan kemahuan dan harapan rakyat.” kata Salahuddin.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap dirinya sepanjang tahun 2019 ini.

“Dari bertatih saya tidak takut lagi untuk berlari. Kini saya semakin tabah dan berani membuat keputusan penting disaat-saat yang mendebarkan. Saya masih di sini untuk terus berdiri dan berlari untuk memahat arca perjuangan yang masih belum selesai. ” katanya.

Salahuddin adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara] dan telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Dalam Konvensyen Nasional part AMANAH 2019 yang berlangsung baru-baru ini, beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Timbalan Presiden parti.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...