AMKenyataan Media

UIGHUR: KEDUTAAN CHINA TOLAK MEMORANDUM RAKYAT MALAYSIA BUAT KALI KE-3

165

27hb Disember 2019 (Jumaat): Buat kali ke-3 Kedutaan Besar China enggan menerima memorandum rakyat Malaysia, yang berhimpun hari ini mendesak penindasan yang didakwa dilakukan terhadap etnik Uighur, umat Islam dan minoriti lain dihentikan.

Perhimpunan lebih 500 orang ini menyusuli solidariti untuk minoriti-minoriti di China yang diadakan di Hong Kong, Indonesia dan Turki sejak minggu lepas.

Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pihaknya sudah memaklumkan kedatangan mereka hari ini, yang berkumpul sejurus selepas solat Jumaat.

Beliau mendedahkan Kedutaan Besar China berkata mereka “boleh” datang tapi kurang 100 orang.

Bagaimanapun, pada akhirnya, tiada wakil kedutaan menemui mereka, menyebabkan mereka hanya boleh memasukkan memorandum ke dalam peti surat.

“Kami bawa anak patung panda tanda persahabatan antara Malaysia dan China,” kata Faisal kepada pemberita di sebuah pasaraya berdekatan kedutaan.

Polis tidak membenarkan penunjuk perasaan mendekati kedutaan. Dua orang wakil mereka diiring polis ke pintu utama kedutaan itu.

Himpunan hari ini merupakan cubaan ke-3 selepas himpunan 34 NGO termasuk ABIM dan Malaysians for Uyghur (M4U) pada Julai.

Jurucakap ketika itu mendedahkan kedutaan enggan menerima memorandum atas alasan tidak wajar baginya menerima memorandum daripada kumpulan kecil.

Faisal berkata ABIM akan terus menyuarakan bantahan sehingga Beijing menghentikan ketidakadilan terhadap Uighur dan kumpulan minoriti lain serta membebaskan semua tahanan di kem-kem penahanan di Xinjiang.


Bantu kami untuk berjuang dan terus berkembang dengan menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda ke Akaun ABIM:

BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116

ABIMdiHatiku

SebarkanSalam #IslamItuDamai

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...