1 Ogos 2022 – Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (Bersara) sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2022 bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamad (Bersara) yang bersara sebagai Pengerusi
Lembaga Pengarah pada 30 Jun 2022.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Annuar Haji Musa dalam satu kenyataan hari ini, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (Bersara) pernah memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat ke-23 pada 21 Mei 2010 seterusnya dilantik sebagai
Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-18 pada 15 Jun 2011 dan bersara pada 14 Jun 2017.
“Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 44 tahun dalam bidang perkhidmatan pertahanan dan ketenteraan serta menggalas pelbagai jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sumbangan beliau yang begitu signifikan di dalam bidang keselamatan telah mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) pertama pada Ogos 2016 hingga Jun 2018 dan merupakan pemacu utama pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara 2017, penggubalan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 serta terlibat sepenuhnya dalam pembentukan Agensi Keselamatan Siber Nasional atau NASCA.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (Bersara) mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi dan Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom. Beliau merupakan graduan dari Royal Thai Army Command and General Staff College, Thailand pada tahun 1992 dan memiliki Sarjana Strategi Sumber Negara (National Resource Strategy) dari National Defence University (NDU), Washington DC, Amerika Syarikat pada 2001. Beliau seterusnya dianugerahkan Doktor Kehormat bidang Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2013.” kata Annuar.
Tambah Annuar, perlantikan tersebut dipercayai tepat pada masanya dan selaras dengan hala tuju negara yang sedang melakar perjalanan ke arah pendigitalan bagi mencapai status ekonomi digital dan berdaya saing.
“Semoga pelantikan ini akan terus memacu CyberSecurity Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.” ujar Annuar.
- WalkingPad.com Black Friday Sale Unveils Record-Breaking Deals
- The cost of neglected oral health in pregnant women
- The day women stopped
- Global Aerospace Offers Valuable Insights on the Revolution of Reusable Rockets and Their Impact on the Space Industry
- Guangdong Radio and Television Station- Shenzhen Youth Shine at COP29: A Green Declaration of Youth Responsibility
Leave a comment