AM

KeTSA komited pastikan kualiti dan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah mampan dan berdayaharap

259
Sun setting behind the silhouette of electricity pylons

29 Julai 2022 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan bahawa pelbagai usaha dilaksanakan untuk memastikan pembekalan elektrik yang cukup di Sabah melalui pengukuhan sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.

Dalam satu kenyataan media hari ini, KeTSA berkata sebanyak 57 projek penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik dengan kos peruntukan berjumlah RM2.3 bilion dalam bentuk geran telah disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10(RMK-10) dan RMK-11.

“Projek-projek ini dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang ditubuhkan secara khusus di bawah KeTSA bagi menyokong projek-projek yang dilaksanakan oleh SESB sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan daya harap bekalan elektrik Sabah.

Satu majlis penyerahan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Inanam dan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Tambalugu di Tuaran oleh PPKBES kepada SESB telah diadakan pada 29 Julai 2022.

Penyerahan dua projek tersebut disempurnakan Ketua Setiausaha KeTSA Dato’ Haji Rosli Bin Isa kepada Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PPKBES Ir Ismail bin Hashim.” kata KeTSA.

Tambah KeTSA, pembinaan PMU Inanam ini juga merupakan pelan jangka panjang SESB untuk menaiktaraf sistem 66kV kepada sistem 132kV pada Grid Sabah dan dijangka berupaya mengurangkan gangguan bekalan elektrik serta membekalkan kapasiti tenaga yang lebih besar ke kawasan sekitar dengan kos senggaraan yang lebih optimum.

“Manakala itu, pembinaan PPU Tambalugu akan dapat meningkatkan daya harap bekalan elektrik serta mampu untuk mengatasi masalah beban rendah di kawasan Tuaran dan sekitar.” ujar KeTSA.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...