AMKesihatan @ My LNA

Operasi Bersepadu Minuman Beralkohol oleh JKWPKL&P

128

KUALA LUMPUR 21 Julai 2022 – Satu Operasi Bersepadu Minuman Beralkohol di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) telah diadakan pada 19 Julai 2022 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri JKWPKL&P, Dr. Nor’aishah Abu Bakar dalam satu kenyataan, operasi tersebut telah dikoordinasikan oleh JKWPKL&P melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kesemua lima (5) Pejabat Kesihatan di bawah JKWPKL&P. Katanya, seramai 76 anggota telah terlibat dalam operasi penguatkuasaan iaitu terdiri daripada 67 orang pegawai dari JKWPKL&P serta sembilan (9) orang pegawai dari DBKL. Operasi tersebut telah mensasarkan premis-premis jualan minuman beralkohol di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

“Operasi Bersepadu Minuman Beralkohol yang dilaksanakan ini telah melibatkan pelbagai aktiviti pemeriksaan jualan minuman beralkohol termasuk pemeriksaan label yang tidak memenuhi standard, penyediaan papan tanda had umur serta pameran dan jualan minuman keras di rak berasingan dengan makanan atau minuman lain.

Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah termasuk pengeluaran notis kompaun dan penyitaan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.” kata Dr. Nor’aishah.

Hasil daripada operasi itu, sebanyak 43 buah premis jualan minuman beralkohol telah diperiksa di mana sebanyak enam (6) jenama produk alkohol dengan jumlah lapan (8) item telah dikenakan tindakan sita makanan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM586.20. Sebanyak 10 Notis Kompaun telah dikeluarkan kepada 10 premis jualan dengan nilai RM30,000.00 disebabkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 manakala sebanyak satu (1) Notis Kompaun di bawah undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan DBKL 2016 telah dikeluarkan.

Berikut adalah senarai notis kompaun yang telah dikeluarkan :-

1. Peraturan 361(2). Tiada perkataan “Arak Mengandungi __% Alkohol” pada label bungkusan. Sebanyak dua (2) notis telah dikeluarkan dengan jumlah RM6,000.00 (RM3,000.00/setiap kesalahan);

2. Peraturan 361(5). Tiada pengasingan di antara minuman beralkohol dengan makanan lain. Sebanyak dua (2) notis telah dikeluarkan dengan jumlah RM6,000.00 (RM3,000.00/setiap kesalahan); dan

3. Peraturan 361(5A) (b). Tidak meletakkan Notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan” & tidak mempamerkan larangan menjual minuman beralkohol kepada mana-mana orang di bawah umur dua puluh satu tahun. Sebanyak enam (6) notis telah dikeluarkan dengan jumlah RM18,000.00. (RM3,000.00/setiap kesalahan).

Manakala di bawah DBKL pula, sebanyak satu (1) Notis telah dikeluarkan dengan nilai minima RM500.00 di bawah kesalahan gagal mempamerkan lesen jualan minuman alkohol yang terkini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...