AM

Mesyuarat Berkaitan Laporan Kematian Dalam Tahanan Bersama SUHAKAM dan Lawatan Lokap Berpusat IPD Shah Alam

89

Pada 14 julai 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan satu (1) mesyuarat bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bagi membincangkan perkembangan siasatan kes kematian dalam tahanan polis. bagi tempoh Januari hingga 15 Julai 2022.

Menurut Setiausaha Polis, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, dalam tempoh itu sebanyak 19 kes kematian dalam tahanan polis direkodkan melibatkan sembilan (9) kes kematian dalam lokap, lapan (8) kes kematian di hospital dan dua (2) kes kematian dalam perjalanan ke hospital. Kesemua kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.

Noorsiah turut menjelaskan, daripada 19 kes yang disiasat, satu (1) kes telah dituduh di mahkamah pada 21 Januari 2022 melibatkan empat (4) orang suspek. Kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Manakala satu (1) kes telah dirujuk kepada Yang Arif Koroner dan 17 kes masih dalam siasatan.

“Lawatan bersama SUHAKAM dan SIAP ke Lokap Berpusat IPD Shah Alam, Selangor juga telah diadakan bagi memberikan gambaran jelas cara pengoperasian Lokap Berpusat PDRM. Lawatan turut disertai wakil sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu CENTHRA (Centre For Human Rights Research and Advocacy).

Kolaborasi PDRM bersama agensi-agensi ini merupakan sebahagian usaha PDRM ke arah menangani isu-isu kematian dalam tahanan  polis dan pada masa sama, menunjukkan keterbukaan serta ketelusan PDRM dalam pengurusan tahanan,” kata Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...