AM

KAD LAPORAN KEMENTERIAN PERTAHANAN 2019

146

20 Disember 2019 – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengeluarkan kad laporan prestasi bagi tahun 2019 semalam. Butiran-butiran yang terkandung di dalam kad laporan tersebut adalah seperti berikut :

KERTAS PUTIH PERTAHANAN

  • Merupakan Kertas Putih Pertahanan pertama yang menggariskan hala tuju strategik dan perancangan pertahanan negara.
  • Telah dibentangkan di Parlimen pada 2 Disember 2019 dengan persetujuan daripada majoriti ahli dewan.

PEMBINAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) YANG KREDIBEL

  • Peningkatan Kesiagaan Ketumbukan ATM yang membina keupayaan melaksanakan sebarang misi pada sebilang masa.
  • Pengukuhan kawalan keselamatan perairan negara melalui operasi bersepadu bersama agensi luar.
  • Mengukuhkan kawalan keselamatan negara melalui OP GABUNGAN iaitu Op KERISPARANG/ Op JAGAKAWAN/Op BALASAH (TD), OP GATEWAY/ Op Eye In The Sky (TUDM), Op Trilateral Maritime Patrol (TLDM) dan Op BERSAMA iaitu Op Pasir dan Op Persisir Patai (TD/TLDM/TUDM)
  • Mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi melalui eksesais/latihan bersama melalui Eks Pahlawan.
  • Peruntukan kewangan pertahanan yang stabil dan mampam dan peningkatan peratusan bajet sebanyak 11.92% bagi tahun 2020.
  • Kajian semula SOP Perolehan agar lebih telus, cekap dan berkesan berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa.
  • Meningkatkan peranan ATM dalam misi Pengaman PBB terutamanya di United Nation Interim Force Lebanon (UNIFIL).
  • Meneruskann Pengoperasian Hospital Medan Malaysia di Coxs Bazar sehingga 2021.
  • Penganjuran LIMA ’19 terbaik dalam sejarah di mana kontrak dan perjanjian persefahaman MoU yang ditandatangani dalam LIMA ’19 menapai nilai RM4 billion.
  • Pemerkasaan industri pertahanan tempatan dengan melaksanakan 5 Program Transfer of Technology (TOT).
  • Pengkormesialan produk-produk pertahanan seperti pendaftaran 4 produk industri pertahanan sebagai harta intelek.
  • Pemerkasaan Penyelidikan & Inovasi dalam sains dan teknologi pertahanan dengan pengwujudan 3 Perjanjian Kerjasama Penyelidikan Pertahanan bersama Government Research Institute (GRI).
  • Penubuhan sekretariat khas Rahmatan Lil ‘Alamin di bawah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

PERTAHANAN NEGARA BEBAS DARI SEBARANG ANCAMAN LUAR

  • Pemerkasan pertahanan dan Keselamatan Sabah melalui Rondaan di bawah Trilateral Maritime Patrol (TMP), Trilateral Air Patrol (TAP) dan Maritime Air Patrol (MAP).
  • Pengukuhan keselamatan siber melalui pengwujudan National Cyber Security Policy (NCSP) dan Cyber Electromagnetic Activity (CEMA).
  • Pengukuhan Diplomasi Pertahanan melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala antaranya melalui ASEAN Defense Ministers’ Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus.
  • Mengukuh hubungan diplomasi pertahanan negara serantau melalui pelaksanaan eksesais dua hala dan pelbagai hala iaitu Bilateral – Eks TIGER STRIKE (Malaysia-USA)/Eks SEMANGAT BERSATU (Malaysia-SIngapira) dan Multilateral – Eks BERSAMA LIMA (Malaysia/FPDA), Eks Pacific Partnership (Malaysia/USA/Negara Kepulauan PAsifik).

INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN

  • Pensijilan Standard ISO 37001:2016, Anti Bribery Management System (ABMS).

PELESTARIAN KESEJAHTERAAN WARGA DAN VETERAN ATM

  • RM50juta disediakan bagi penyelenggaraan dan naik taraf Rumah Kebajikan Angkatan Tentera (RKAT) (2062 unit rumah).
  • Penubuhan Yayasan Amanah ATM yang berfungi melaksanakan bantuan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan anggota ATM dan warga awam MINDEF.
  • Bantuan khas kepada Persatuan Veteran ATM dimana jumlah peruntukan adalah sebanyak RM500,500 diagihkan kepada 138 persatuan.
  • Bantuan RM500 one-off kepada penerima pingat Jasa Malaysia dimana jumlah peruntukan adalah sebanyak RMRM34,402 juta diberikan kepada 68,804 orang penerima.
  • Inisiatif Bantuan Negara, bayaran RM250 secara one-off kepada Veteran ATM berpencen dan tidak berpencen bagi kategori B40 dimaa jumlah peruntukan adalah sebanyak RM73,517 juta diberikan kepada 146,136 veteran.
  • Kempen Tabung Pahlawan 2019 menyaksikan kutipan menghampiri RM10 juta yang melebihi sasaran awal sebanyak RM6 juta.

JOBS @ PERHEBAT

  • Perwujudan kerjasama strategik antara PERHEBAT dengan GLC, swasta dan industri.
  • 584 orang veteran ATM berjaya mendapat pekerjaan di syarikat swasta.
  • 28 syarikat/majikan yang menyertai platform JOBS@PERHEBAT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...