KUALA LUMPUR, 3 Februari 2022 – Kempen kibarkan bendera Wilayah Persekutuan telah membabitkan sebanyak 71,000 bendera telah dipasang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15,530 di Putrajaya dan 18,000 di Labuan yang merangkumi kawasan-kawasan utama seperti jalan-jalan protokol, premis-premis perniagaan, pejabat bangunan kerajaan dan kawasan perumahan rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pelancaran kibarkan bendera ini telah dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim. Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan pada kali ini turut dilaksanakan di pusat membeli belah terkemuka; Suria KLCC, Pavilion KL dan Mid Valley Megamall.
Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini melihatkan pemasangan bendera Wilayah Persekutuan di pusat-pusat membeli belah bersekali dengan dekorasi Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini yang menambahkan lagi kemeriahan SHWP yang sememangnya menjadi kunjungan orang ramai bukan sahaja warga Wilayah Persekutuan tetapi juga dari negeri-negeri berdekatan.
Kempen kali ini adalah untuk meningkatkan kecintaan dan rasa sayang serta “sense of belonging” kepada Wilayah Persekutuan dalam kalangan warganya. Ia juga tanda cinta dan saying kepada Wilayah Persekutuan sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment