KUALA LUMPUR, 1 Februari 2022 – Pembangunan di kawasan Masjid Kampong Bharu Kuala Lumpur akan menjadi tarikan kepada pencinta makanan Islam.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim ketika ditemu media selepas majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) di sini semalam, gerai-gerai makanan akan dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia akan diberi perhatian kerana ramai yang datang ke Kuala Lumpur akan mencari makanan Islam.
Katanya lagi, dikenali sebagai kawasan kompleks Islam, berhampiran Masjid Kampong Bharu tersebut terdapat hotel dan ia dilihat sebagai satu pakej dengan perkara sampingan yang ada hubungkait dengan pemakanan dan sebagainya.
Tambah Shahidan, pembangunan di Kampong Bharu akan diteruskan seperti yang telah dirancangkan.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment