SHAH ALAM 16 JANUARI 2022 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya TEKUN Nasional telah memperuntukkan RM30 juta sebagai inisiatif bantuan pasca banjir kepada usahawan informal dan mikro.
Dalam satu kenyataan media semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, ”TEKUN Nasional telah menawarkan pembiayaan pemulihan perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dengan nilai pembiayaan sehingga RM10 ribu tanpa caj keuntungan. Tujuan untuk meringankan beban usahawan yang terjejas akibat bencana banjir.
Sehingga kini seramai 14,906 orang usahawan telah memohon pembiayaan SPIM dengan nilai RM133.1 juta dan sebanyak 2,825 permohonan SPIM telah diluluskan dengan nilai RM23.8 juta.
“TEKUN Nasional juga telah mengambil inisiatif membantu usahawan TEKUN sedia ada yang terkesan akibat banjir. Usahawan terbabit telah ditawarkan moratorium selama 6 bulan mulai Disember 2021 hingga Mei 2022. Implikasi kewangan daripada inisiatif ini dianggarkan berjumlah RM7.2 juta”, tambah beliau.
Menurut Noh Omar, “Selain itu, usahawan TEKUN terbabit juga boleh membuat penjadualan semula pembiayaan dan pengeluaran simpanan daripada akaun pembiayaan terdahulu. “Seramai 3,993 orang usahawan TEKUN yang terjejas dengan bencana banjir di seluruh negara layak mendapat manfaat daripada inisiatif ini”.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment