3 Oktober 2021- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberikan RM5 juta dikhaskan kepada Kampung Budaya Sarawak bagi menaik taraf infrastruktur dan seterusnya memantapkan kedudukan Kampung Budaya Sarawak.
Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata ia sebagai salah satu tarikan pelancongan budaya utama di negeri ini selain meningkatkan lagi keselamatan, imej dan keselesaan kepada para pengunjungnya.
“kerja-kerja penambahbaikan fizikal di Kampung Budaya Sarawak akan bermula pada pertengahan bulan Oktober 2021. Ia akan mengambil masa lebih kurang 8 bulan dan dijangka siap pada bulan Jun 2022.
“Pelaksanaan projek ini akan dapat meningkatkan lagi mutu serta kualiti kemudahan yang ada di sekitar Kampung Budaya Sarawak.
“Saya berharap ianya dapat menarik minat para pelancong dan pengunjung ke Kampung Budaya Sarawak untuk melihat sendiri produk-produk yang unik terdapat di sini,” jelasnya ketika melawat
Kampung Budaya Sarawak hari ini.
Ujarnya, MOTAC akan terus membantu dalam membangunkan serta mempromosikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia.
Pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM20 juta menerusi Belanjawan 2021 Pemberian Kemudahan Projek Khas, Projek-Projek di bawah peruntukan Kampung Budaya untuk membaikpulih serta menaiktaraf kemudahan produk pelancongan berciri kampung budaya di empat buah negeri iaitu Sarawak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Melaka.
- Promoting Hong Kong as a Regional Philanthropic Hub through Co-Creation
- Bersih Congress to Set Direction Leading Up to the 16th General Election
- MasterBuilde Launches Upgraded Renovation and Maintenance Service Matching Platform for Chinese in the UK
- Prince Holding Group Triumphs with Platinum at the 2024 Global CSR & ESG Awards
- Unleashing Growth: DIFC Emerges as Premier Global Hub for Family Businesses
Leave a comment