Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Hidupkan semula industri seni secara berfasa dan berperingkat – Annuar Musa

152

30 September 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan Art In The City (AITC) 2021, anjuran Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

Program tersebut bermatlamat untuk mengaktifkan semula sektor seni budaya dan memberi inspirasi kepada masyarakat serta menyumbang kepada proses pemulihan negara melalui seni.

Di dalam ucapannya, Annuar turut meminta para penggiat seni menghidupkan semula industri seni secara berfasa dan berperingkat bagi pastikan mereka yang terlibat tidak terjebak dengan penularan COVID-19. Ini adalah selaras dengan pengumuman Kerajaan bahawa Lembah Klang yang merupakan nadi industri seni negara beralih ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara mulai 1 Oktober 2021.

Annuar turut menjelaskan bahawa meskipun SOP ditetapkan oleh MKN, pihak KKMM sedia mendengar pandangan dari indistri bagi menambaik baikkan SOP yang berkaitan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *