10 September 2021 –Syarikat agensi pelancongan dibenarkan beroperasi serta merta tanpa mendaftar dengan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi pada 16 September ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri pagi tadi.
“Keputusan itu sebagai berita baik dan yakin usaha membantu sebanyak 5,335 syarikat agensi pelancongan yang berdaftar di negara ini yang terkesan hampir 2 tahun untuk menjana semula pendapatan mereka dapat dilaksanakan segera dan berjalan lancar”, ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, kerajaan sentiasa komited untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan terutamanya dalam mengekalkan pekerjaan mereka yang terlibat dalam rantaian sektor yang sama.
“Malah, insentif seperti pemberian bantuan khas one-off RM3,000 kepada agensi pelancongan turut disediakan.
“Sehingga Julai 2021, sejumlah 2,899 agensi pelancongan telah menerima bantuan dengan jumlah pembayaran sebanyak RM8.6 juta. Pembayaran kepada 2436 agensi pelancongan lagi sedang diproses’, ujar beliau lagi.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment