AM

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Apartmen Damai Tamat Awal Seminggu

69

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Apartmen Damai Tamat Awal Seminggu

26 Julai 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Apartmen Damai, PJS 8 yang bermula 18 Julai sehingga 25 Julai ditamatkan seminggu lebih awal daripada dijadualkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling berkata, Pejabat Kesihatan Petaling telah melaksanakan aktiviti potong gelang kepada 892 orang penduduk yang negatif dan bukan kontak rapat.

“PKPD ini telah dijalankan selama 8 hari dan ditamatkan lebih awal kerana aktiviti saringan dan pengesanan kes positif serta program vaksinisasi telah selesai dan mencapai sasaran ditetapkan.

“Seramai 2,638 orang penduduk telah dibuat saringan kesihatan. Daripada jumlah tersebut, 2,323 orang telah dibuat calitan PCR,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, Penduduk yang merupakan kontak rapat dikehendaki untuk meneruskan kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh kuarantin iaitu pada 31 Julai 2021.

“Semua penduduk yang positif Covid-19 dikehendaki untuk hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mengikut janji temu yang telah dan akan diberikan.

“Baki yang tidak dibuat calitan PCR kerana mereka terdiri daripada golongan kes positif yang aktif atau baru discaj daripada pusat kuaratin/CAC,” katanya.

Ujarnya, seramai 175 orang telah diberi perkhidmatan rawatan melibatkan pelbagai kes termasuk berkaitan Covid-19 dan bukan Covid-19 sehingga semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...