AM

Jangan salah guna surat MITI – Azmin

96

19 JULAI 2021 –  Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi amaran kepada individu yang menyalah gunakan surat kebenaran dari MITI untuk merentas negeri bagi tujuan sambutan AidilAdha. Katanya sekiranya didapati bersalah, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Saya dimaklumkan, ada sesetengah individu menyalahguna surat kebenaran dari MITI untuk merentas negeri sempena AidilAdha. Atas sebab itu, Ketua Polis Negara memaklumkan pihaknya tidak akan menerima surat MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 4 hari mulai 18 hingga 21 Julai untuk pergerakan rentas negeri berikutan berlaku pertambahan kenderaan di lebuhraya.

MITI berikan kebenaran untuk anda melakukan pergerakan ke tempat kerja sahaja. Bukan untuk merentas negeri atas tujuan lain. Oleh itu, saya ingin tegaskan, jangan salahguna surat kebenaran MITI. Jika didapati bersalah, anda akan dikenakan tindakan tegas.” katanya melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Terdahulu di dalam hantaran yang sama, Azmin memaklumkan dengan peningkatan pemberian dos vaksin, penutupan beberapa buah kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP), saringan bersasar dan kerjasama semua pihak terutamanya barisan hadapan kita, rekod kes positif harian menunjukkan penurunan. Sehingga semalam (18 Julai 2021), kes positif harian COVID-19 mencatatkan 10,710 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan seramai 5,778, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 784,949. Kepada individu yang mematuhi SOP, terima kasih saya ucapkan kerana peka dengan keadaan semasa.” ujar Azmin.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh 2 hari yang lepas.

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan”, ujar beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...