AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Agihan Bakul Makanan Parlimen Indera Mahkota Lancar – Saifuddin Abdullah

155

18 JULAI 2021 – Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM 300 ribu untuk setiap parlimen bagi membekalkan makanan kepada golongan yang memerlukan ketika pandemik Covid-19.

Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, menerusi inisiatif yang dilancarkan semasa pengumuman Pelan Pemulihan Negara, sejumlah 6000 kotak makanan disediakan dan diagihkan dalam kawasan parlimen Indera Mahkota.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian semasa sidang media yang diadakan pagi tadi.

Menurut beliau lagi, agihan bakul makanan yang dimulakan oleh pejabat parlimen beliau sejak PKP 1.0 pada bulan Mac tahun lalu diteruskan melibatkan kerjasama pejabat ADUN, parti politik dan badan bukan kerajaan yang terdapat dalam kawasan parlimen tersebut.

“Barang makanan keseluruhannya bernilai RM 50.00 serta disertakan bersama pelitup separuh muka telah hampir selesai diedarkan di keseluruhan kawasan parlimen. Selain itu juga, pejabat parlimen merekodkan kehadiran seramai 200 sehingga 250 orang sehari untuk mendapatkan bantuan bekalan bakul makanan”, ujar beliau lagi.

 Beliau menambah, Perikatan Nasional juga akan membekalkan sejumlah 500 kotak bekalan parlimen kepada 222 kawasan parlimen selain keperluan khas seperti susu tepung dan lampin pakai buang untuk bayi akan disediakan mengikut keperluan.

Sidang Parlimen Mengikut Perintah Tetap

Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin turut menjelaskan sidang khas parlimen pada 26 Julai ini akan mengikut perintah tetap parlimen berdasarkan kepada mesyuarat yang dijalankan sebelum ini.

Sebelum ini, parti pembangkang dilapor mahu memboikot sidang parlimen tersebut atas alasan sidang yang dilaksanakan hanyalah sebagai penerangan oleh Menteri sahaja.

Menurut beliau lagi, walaupun penerangan oleh Menteri adalah agenda semasa sidang parlimen tersebut, ahli Dewan Rakyat akan dibenarkan bangun untuk mencelah dan bertanyakan soalan  kepada Menteri yang sedang berucap selain berbahas mengikut isu yang ditimbulkan tertakluk kepada kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Saifuddin juga berharap agar penjelasan yang diberikan dapat menjawab kekeliruan yang timbul berhubung sidang parlimen yang akan diadakan nanti.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...