AM

204 Petugas PPV IDCC Positif COVID-19, Janji Temu Dijadualkan Semua Akibat Penutupan – KJ

85

PUTRAJAYA 13 JULAI – 6,000 janji temu akan dijadualkan semula kepada penerima berikutan penutupan sehari Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam setelah 204 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, PPV itu akan sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi tujuan keselamatan sebelum dibuka semula.

“Kesemua 453 petugas PPV berkenaan telah menjalani ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) secara beramai-ramai pada 10 Julai lepas dan hasil keputusan ujian saringan menunjukkan kesemua yang positif mempunyai nilai kitaran ambang (CT) lebih daripada 35 iaitu beban virus (viral load) yang rendah” katanya dalam sidang media hari ini.

“Jangkitan di PPV IDCC merupakan kes pertama melibatkan PPV. Berikutan kes COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang, sukar untuk kami pastikan sama ada sesuatu jangkitan itu berlaku di IDCC atau di tempat lain” ujar beliau.

Tambah Khairy, sebanyak 88 peratus atau kira-kira 400 petugas di PPV itu telah divaksinasi, manakala baki 12 peratus sukarelawan belum divaksin mungkin disebabkan penggiliran petugas baharu, dan kemungkinan mereka yang positif itu mempunyai beban virus yang rendah kerana kebanyakan mereka telah divaksinasi.

“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) akan terus meningkatkan semua usaha untuk memastikan PPV IDCC adalah selamat bagi menerima kehadiran orang ramai untuk suntikan vaksin pada hari-hari seterusnya”.

“Petugas CITF juga telah diarahkan untuk ke PPV IDCC hari ini bagi membantu mereka yang tidak menyedari akan penutupan PPV berkenaan yang pemaklumannya dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan media sosial” katanya.

Khairy dalam sidang media media yang sama turut menyarankan individu yang hadir janji temu vaksin di PPV berkenaan dari 9 Julai hingga semalam (12 Julai) untuk melakukan kawalan kendiri selama sepuluh hari dan menjalani ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala.

“Pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) juga telah diminta untuk melakukan pemantauan kualiti pengudaraan di PPV itu”.

“PPV lain diminta untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sekiranya mengalami masalah, terutamanya mengenai kesesakan disaran memaklumkan kepada CITF Pusat agar kami dapat membantu dengan segera” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...