CYBERJAYA 13 JULAI 2021 – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menyiapkan dua menara komunikasi baru di Kemaman di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Suruhanjaya tersebut dalam kenyataan hari ini memaklumkan jaringan telekomunikasi baharu yang dibina di dua lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir telah beroperasi sepenuhnya pada Jun yang lalu.
“Selain itu, projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis. Sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022” ujar suruhanjaya tersebut.
SKMM menambah di bawah inisiatif JENDELA ini membolehkan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, Bekerja Dari Rumah (WFH), perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian, dengan lancar.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment