PUTRAJAYA 15 JUN 2021 – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menolak dakwaan menggunakan data peribadi seseorang untuk didaftarkan sebagai anggota pasukan itu secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan.
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Rela menegaskan bahawa perbuatan itu adalah bercanggah dengan Seksyen 6 (1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
“Merujuk kepada Seksyen 7(1) Pendaftaran sebagai anggota Rela, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) tahun 2012 menyatakan bahawa warganegara berumur 18 tahun ke atas dan bukan anggota tentera boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota”.
“Jabatan ini mengambil maklum kegusaran orang ramai dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenalpasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 berkuatkuasa,” katanya.
Hal ini timbul apabila isu berkenaan tular dalam media sosial mengenai dakwaan beberapa individu yang maklumat peribadi mereka didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik di dalam sistem MyRELA.
Dalam kenyataan yang sama pihak Rela tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu tersebut.
Rela juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan namun program itu digantung sementara kerana Rela sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak Covid-19.
“Kepada individu terbabit yang mendapati telah didaftarkan sebagai anggota Rela dan ingin menamatkan keanggotaan, sila hubungi talian berikut 03-8870 3770 dan emel pro_rela@moha.gov.my untuk dibatalkan keanggotaannya,” katanya.
- “Miss Madeline,” a New Liquid Barge from Perdue Farms, Sets Sail on a More Sustainable Supply Chain
- Canon U.S.A. Senior Vice President Amy Newman Wins 2024 HERALD Top Chief Officers of Long Island Award
- Gate Ventures welcomes Laura K. Inamedinova as Principal, establishing fund’s strategic presence in the MENA region
- Capitalize Announcing Prop Trading with One-Step Evaluation Program for Aspiring Traders
- ECCO Ankle Boots: The Winter Style Staple Spotted on Maddie Ziegler and Poppy Delevingne
Leave a comment