15 JUN 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof memaklumkan melalui satu hantaran di Facebook rasmi beliau bahawa berada dalam keadaan baik, tiada sebarang gejala COVID-19.
“Hari ini Selasa 15 Jun 2021, masuk hari kelima saya menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif COVID-19 pada 10 Jun 2021.
Alhamdulillah sehingga kini saya berada dalam keadaan baik, tiada sebarang gejala dengan tahap oksigen kekal 97/98. Selera makan pun bertambah . Jadi kenalah saya melakukan workout untuk kekal cergas.” katanya.
Tambah Fadillah, keadaannya adalah baik dan stabil dan bersyukur dan redha dengan takdir Allah.
“Sama-sama kita berdoa supaya Allah SWT mengangkat segera wabak COVID-19 dari mukabumiNya dan moga Negara kita segera bebas daripada pandemik ini.
Marilah kita semua terus mematuhi SOP ditetapkan dan bagi yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin, daftarlah segera.” katanya.
Pada 10 Jun 2021 lepas, Fadillah disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan di mana ujian saringan tersebut adalah rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa. Beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk pada 3 Jun 2021 lepas.
- Hong Kong Brands & Influencers Unite to Embrace Being Never Normal
- Coda Bridge and StraitsX Collaborate on Blockchain-Powered Charity Initiative to Support Singapore’s Disadvantaged Communities
- Hoa Sen Home emerges as Vietnam’s leading building materials & furniture supermarket chain
- Acclaim Insurance Brokers Celebrates 40th Anniversary with Enterprise 50 Award
- Mengniu Driving Development of Innovative HMO Nutritional Ingredients
Leave a comment