PUTRAJAYA 7 Jun 2021 – Bagi membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan penangguhan bayaran balik (Moratorium KPP 3.0) Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM).
Menurut MEDAC melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 1,056 koperasi seluruh negara akan menerima manfaat daripada pelaksanaan Moratorium KPP 3.0 TMPSKM ini. Tambah MEDAC, sehingga 30 April 2021, jumlah akaun pembiayaan TMPSKM adalah sebanyak 1,734 dengan kelulusan pembiayaan keseluruhan bernilai RM1.66 bilion.
“Pelaksanaan kemudahan moratorium PKP 3.0 di bawah pembiayaan TMPSKM diteruskan dengan menawarkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh tiga (3) bulan bermula pada 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021. Koperasi-koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 September 2021.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Proses permohonan turut akan dipermudahkan di mana koperasi yang layak hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu permohonan rasmi daripada koperasi, Penyata Terimaan dan Bayaran serta penyata bank bagi tempoh tiga (3) bulan secara atas talian.
“Kemudahan moratorium PKP 3.0 ini ditawarkan kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan di bawah TMPSKM. Walau bagaimanapun, koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan bagi aktiviti kredit, kelulusan moratorium PKP 3.0 tertakluk kepada koperasi yang menawarkan kemudahan moratorium kepada anggota-anggota koperasi.
MEDAC berharap kemudahan moratorium PKP 3.0 bagi pembiayaan TMPSKM ini dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan gerakan koperasi dan menyediakan kemudahan tunai tambahan untuk operasi koperasi” kata Dr. Wan Junaidi.
MEDAC dan SKM akan terus komited dalam membantu menyediakan kemudahan khidmat nasihat dan bantuan perundingan secara berterusan kepada koperasi-koperasi yang memerlukan perundingan, menerusi talian/email seperti berikut:
- MEDAC (Pusat Sehenti Keusahawanan) :
Hotline 1-300-88-1020 / korporat@medac.gov.my
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) :
Hotline 011-14736471 / mora3.0tmp@skm.gov.my
- Crayon appointed an authorized Cloud Commerce Manager for Broadcom in Asia Pacific
- Hong Kong, where the world comes to play
- Lee Kum Kee partners with HCSA Community Services to support and help aspiring individuals to enter the culinary world
- UEM EDGENTA Hosts Aidilfitri Corporate Open House
- The Asean-Japan Centre Relaunches Official Website: New Database And Interview Content Added
Leave a comment