Ekonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

KPDNHEP akan laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

141

PUTRAJAYA 24 MEI 2021 – Bagi pastikan harga barangan berpatutan sepanjang sambutan perayaan Pesta Kaamatan yang akan datang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanti Linggi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, tarikh kuat kuasa SHMMP PESTA KAAMATAN 2021 akan bermula pada 27 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021 iaitu selama 7 hari yang merangkumi tempoh 3 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 3 hari selepas hari perayaan.

“Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 11 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP PESTA KAAMATAN 2021. Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan babi.

Senarai barangan bagi SHMMP PESTA KAAMATAN 2021 adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), kepak ayam, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji), daging kerbau import (India), babi hidup (*Harga maksimum di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Perbandingan harga runcit maksimum SHMMP Pesta Kaamatan 2021 dengan 2020 adalah 2 jenis barangan mengalami kenaikan dan 9 jenis barangan kekal. Barangan yang mengalami kenaikan di Sabah adalah kepak ayam dan daging babi (perut). Manakala barangan yang mengalami kenaikan di WP Labuan adalah ayam hidup dan kepak ayam.” kata Alexander.

Bagi SHMMP HARI GAWAI 2021 pula, tarikh berkuat kuasa adalah pada 28 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021 iaitu selama 7 hari (4 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 2 hari selepas hari perayaan).

“Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 11 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim ini. Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam dan babi.

Perbandingan harga runcit maksimum SHMMP Hari Gawai 2021 dengan 2020 adalah hanya 1 jenis barangan mengalami kenaikan dan 10 jenis barangan kekal. Barangan yang mengalami kenaikan adalah kepak ayam kepak ayam.

Senarai barangan bagi SHMMP HARI GAWAI 2021 adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), ayam tua hidup, kepak ayam, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji), babi hidup (*Harga maksimum di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).” jelas Alexander.

KPDNHEP juga akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis yang berkaitan di Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memastikan peniaga patuh ke atas SHMMP ini dan mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...