17 Mei 2021 – Wanita hamil dengan tempoh kandungan berusia 14 hingga 33 minggu sesuai untuk diberikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurut beliau, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan mengkoordinasi dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan tersebut.
Jelas Khairy, dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk wanita hamil buat masa ini
“Vaksin Pfizer-BioNTech juga sesuai diberikan kepada ibu yang menyusu namun bagi vaksin Sinovac dan AstraZeneca, data keselamatannya adalah terhad dan pengesyoran akan dibuat selepas konsultasi”.
“Ini merupakan panduan klinikal semasa yang dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai vaksin bagi golongan hamil dan menyusu, dan mereka dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sekiranya mempunyai keraguan berkaitan,” katanya dalam satu sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan terkini PICK secara maya hari ini.
Tambah beliau, pengambilan vaksin berkenaan juga boleh ditangguhkan selepas kehamilan.
Dalam sidang media yang sama, beliau menyatakan bahawa sehingga kini, seramai 10.18 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.
“Seramai 1.202 juta orang menerima satu dos manakala 733,237 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin, dengan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan setakat ini ialah sebanyak 1,935,632 dos” katanya.
- VinFast starts accepting deposits for mini-SUV VF 3 in Vietnam
- ISCA partners Council for Board Diversity and industry leaders to spearhead new board stewardship and governance efforts
- Alps System Integration Co., Ltd. Introduces InterSafe: A Revolutionary Threat Intelligence Platform Set to Transform Global Cybersecurity
- Children from Wuzhishan, Hainan Sings on the Seine in Paris during the opening performance of the Sino-French Gourmet Carnival
- Enjoy the taste of spring together and convey good wishes—— Wanglaoji showed up at the “Sino-French Food Carnival” and Launched the International Brand Identity WALOVI in Paris
Leave a comment