AM

MyAqsaDefenders sasarkan dana RM10juta bantu Palestin

350

MALAYSIA 14 Mei 2021 – Gabungan kerjasama NGO atas nama MyAqsaDefenders (Kumpulan Mempertahankan al-Aqsa Malaysia) sedang berusaha mencapai sasaran dana berjumlah RM10 juta bagi tujuan bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan juga bantuan jangka masa panjang kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman regim Zionis. Menurut MyAqsaDefenders di dalam kenyaatan media yang diedarkan hari ini, sejumlah RM2 juta telah berjaya dikumpulkan oleh badan-badan gabungan NGO yang terlibat dan usaha untuk mencukupkan dana sasaran kini sedang giat dilakukan.

“Daripada jumlah tersebut, dana sebanyak RM1 juta telah pun disalurkan bagi memenuhi keperluan membaik pulih Klinik Al-Aqsa yang terjejas di samping memastikan stok ubat dan juga keperluan rawatan kecemasan sentiasa tersedia termasuk alatan seperti ventilator bergerak. Sebahagian daripadanya juga telah dimanfaatkan untuk bantuan kewangan segera kepada murabitin Al-Quds, bayaran kos guaman mereka yang telah ditangkap sama ada di dalam insiden Al-Aqsa atau Perkampungan Syeikh Al-Jarrah serta kafalah sara hidup penduduk Kota Lama Al-Quds.

Sebanyak RM1 juta lagi telah diperuntukkan bagi bantuan membaik pulih infrastruktur dan juga rumah penduduk di Kota Lama al-Quds di dalam usaha untuk memastikan mereka dapat terus bertahan dan mengekalkan demografi rakyat Palestin di kawasan tersebut.

Pertambahan kepada jumlah bantuan akan seiring dengan bertambahnya sumbangan yang diterima dari masa ke semasa. Di dalam masa yang sama, pelan perancangan strategik jangka masa panjang seperti pembangunan kekuatan ekonomi, wakaf dan juga pendidikan akan turut diberikan perhatian.” jelas MyAqsaDefenders.

Selain daripada usaha mengumpulkan dana bantuan, MyAqsaDefenders juga telah melancarkan kempen serangan siber dengan meminta rakyat Malaysia menularkan hantaran di laman sosial bersama hashtag #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak bertujuan untuk mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin dan juga Masjid al-Aqsa. Kempen ini berjaya tular serta memberi impak kepada Israel di Facebook, Instagram dan juga Twitter sehingga carian maksud perkataan ‘koyak’ turut meningkat di laman sesawang.

“MyAqsaDefenders juga menggesa masyarakat Malaysia untuk melihat isu Palestin ini diangkat bukan semata terkait hal keagamaan, namun ia terkait dengan persoalan ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia dan juga krisis kemanusiaan sejagat. Justeru kami menyeru seluruh rakyat Malaysia dengan kepelbagaian latar agama dan kaum untuk bersuara serta menyokong perjuangan Palestin dalam menuntut dan mempertahankan hak mereka yang dirompak sejak tujuh dekad yang lalu.

Usaha dan objektif MyAqsaDefenders pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa mendapat sokongan yang kukuh dari pelbagai pihak. Justeru kami mengalu-alukan penglibatan dan sokongan mana-mana institusi, NGO, tokoh-tokoh berpengaruh dan para artis untuk bersama menanam tekad untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Kota Al-Quds.

Kembalikan keamanan dan hak penduduk di Palestin. Semoga keadilan akhirnya akan menjelma!” ujar MyAqsaDefenders.

Gabungan kerjasama NGO atas nama MyAqsaDefenders (Kumpulan Mempertahankan al-Aqsa Malaysia) yang dirintis anak-anak muda ini terdiri dari gabungan aktivis kemanusiaan yang telah lama berkecimpung dalam usaha membantu Palestin, di samping tokoh-tokoh korporat, para artis serta ‘influencer’ yang bersetuju untuk sama-sama mendokong dan mempertahankan Kota Suci umat Islam daripada terus dinodai. Sehari selepas perbincangan pertama pada 11 Mei 2021 yang lepas (Selasa), MyAqsaDefenders bersetuju untuk berusaha mencapai sasaran dana berjumlah RM10 juta dengan agihan bantuan dibahagikan kepada bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan juga bantuan jangka masa panjang.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...