AMKenyataan Media

SOP Baharu Rumah Ibadat Bukan Islam Sepanjang PKP 3.0 – KPN

224

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi rumah ibadat bukan Islam susulan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

SOP yang akan diguna pakai bermula 12 Mei hingga 7 Jun ini adalah pindaan terhadap SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam sedia ada yang diluluskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal KPN bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

“Mesyuarat bersetuju agar aktiviti keagamaan di rumah ibadat diperketatkan selaras dengan pelaksanaan langkah-langkah yang lebih tegas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat”.

Pindaan adalah melibatkan bilangan kehadiran penganut adalah tidak melebih 50 orang bagi rumah ibadat yang boleh memuatkan lebih 1,000 penganut manakala 20 orang bagi rumah ibadat yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 penganut.

“Tempoh waktu sembahyang di rumah ibadat bukan Islam adalah dari jam 6 pagi hingga 2 petang dan 4 petang hingga 10 malam,” menurut kenyataan rasmi KPN hari ini.

Kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti sembahyang juga perlu dipatuhi oleh badan pengurusan rumah ibadat.

Menurut kenyataan itu juga, Pegawai Perpaduan yang telah dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Menteri KPN, Datuk Halimah Mohamed Sadique meminta supaya badan pengurusan dan penganut rumah ibadat selain Islam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dengan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal semasa berada di rumah ibadat agar penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...