AMNiaga @ My LNA

Projek Super Drone atau “manned aerial vehicle” dapat galakkan aktiviti R&D dalam industri aeroangkasa dan air mobility – Redzuan Yusof

82

PUTRAJAYA 21 November 2019 – Projek Super Drone atau “manned aerial vehicle” dapat menggalakkan aktiviti R&D dalam industri aeroangkasa dan air mobility negara.

Foto kredit Pejabat Menteri Pembangunan Usahawan

Ia dicapai melalui usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat
antarabangsa dalam bidang assembly dan pembuatan parts & components serta menggunakan teknologi terkini merangkumi big data, artificial intelligence (AI) dan Internet of Things ( IoT). Projek seperti ini juga merupakan inisiatif pihak swasta (private driven initiative) sepenuhnya yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak Kerajaan.

Foto kredit Pejabat Menteri Pembangunan Usahawan

“Sebagai Kementerian yang menerajui pembangunan keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan terus menyokong dan memudahcara pembangunan usahawan PKS yang berinovasi tinggi, selaras
dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal” jelas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof selepas melakukan lawatan tertutup (private viewing) di Subang di mana beliau telah meninjau sendiri projek Super Drone atau “manned aerial vehicle” tersebut di atas jemputan syarikat Eastcap Berhad.

Redzuan juga menambah bahawa MED akan sentiasa menjalinkan kerjasama secara berterusan dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang di bawah DKN 2030.

“Walaupun begitu, usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan undang-undang sedia ada dan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di negara ini terhadap proses penguat kuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan.” nasihat beliau, yang dipercayai merujuk kepada kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) semalam di mana pihak CAAM tidak membenarkan sesi uji pandu Super Drone atau “manned aerial vehicle” tersebut diadakan pada hari ini kerana faktor-faktor tertentu terutamanya dari segi keselamatan.

Berkaitan dengan perkara tersebut, MED sedang berbincang dengan pihak CAAM mengenai keperluan mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan holistik bagi menyokong perkembangan industri ini di mana pihak MED sentiasa galakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih Cyberjaya sebagai platform test bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomous dron dan air mobility.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...