AM

PBB dan masyarakat antarabangsa digesa iktiraf keberanian Gambia – ABIM

458

KUALA LUMPUR 19 November 2019 – Tindakan Gambia yang mengfailkan tuntutan undang-undang terhadap siri pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingya oleh tentera pemerintah Myanmar perlu diberi anugrah khas kemanusiaan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa yang mewakili masyarakat dunia yang lain, menurut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Foto Kredit Kepada Theirworld.Org
Photo credit to Theirworld.Org

Menurut ABIM lagi di kenyataan yang dikeluarkan semalam, Menteri Kehakiman Gambia, Abubacarr Tambadou menyatakan bahawa Gambia bertindak bagi pihak 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengheret Yangon ke Mahkamah Antarabangsa tersebut di The Hague.

“ABIM menegaskan bahawa tindakan ini penting bagi memberi tekanan kepada Myanmar, memandangkan hanya negara (bukan individu) yang boleh memfailkan kes ke atas sebuah negara lain di ICJ. Selain itu, Gambia serta Myanmar adalah penandatangan Konvensyen Genosid 1948 yang menetapkan mereka perlu menghalang dan menghukum jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Justeru, ABIM menggesa PBB dan organisasi antarabangsa yang mewakili masyarakat dunia untuk memberi anugerah khas membela kemanusiaan buat Gambia atas keberanian kerajaan tersebut mengambil tindakan undang-undang membela etnik Rohingya.” tegas Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Faisal menyatakan bahawa ABIM berpendapat tindakan yang dilakukan oleh Gambia tersebut seharusnya menjadi “wake up call” buat negara-negara seluruh dunia untuk bangun dan berterusan bertindak menentang tindakan tidak perikemanusiaan Myanmar ini menerusi seluruh saluran antarabangsa yang ada.

“ABIM turut mengulangi gesaan untuk mendesak kerajaan Malaysia dan seluruh negara ASEAN bertegas menilai semula keanggotaan Myanmar dalam ASEAN kerana tindakan kejam kerajaan Myanmar amat bercanggah dengan prinsip dan budaya negara serantau yang berasaskan nilai-nilai murni keamanan sejagat.

ABIM dan semua masyarakat antarabangsa telah memerhatikan situasi hak politik dan hak asasi manusia di Bangladesh, menilai berlaku tekanan yang drastik dan sistematik terhadap hak-hak sivil dan demokratik.” jelas beliau.

Faisal turut menambah bahawa penindasan dan penganiayaan yang berterusan hanya akan meminggirkan negara tersebut daripada masyarakat antarabangsa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...