KUALA LUMPUR 13 April 2021 – Sebanyak RM18.2 juta telah diperuntukkan untuk program dan bantuan membabitkan usahawan wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian itu menerusi agensi di bawahnya telah bersetuju bekerjasama dengan KPWKM bagi membantu kumpulan sasaran untuk kembali pulih selepas dibebani pandemik Covid-19.
Peruntukan akan digunakan untuk pelbagai program termasuk latihan, bantuan kewangan, program bimbingan dan pinjaman mudah yang bertujuan mengeluarkan lebih ramai usahawan berdaya saing, dinamik dan berdaya tahan.
Antara agensi di bawah MEDAC yang terlibat dalam inisiatif itu ialah Institut Keusahawanan Negara, TEKUN Nasional dan SME Corp serta Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah KPWKM.
Usahawan wanita adalah antara yang paling teruk terjejas oleh pandemik itu memandangkan sebahagian besar mereka di bawah kategori mikro dan tidak formal (tidak berdaftar) selain berniaga dalam sektor tidak penting seperti estetika, fesyen, spa, salun kecantikan dan pengurusan acara.
MEDAC turut menumpukan usaha membantu perniagaan terbabit beralih kepada digital.
MEDAC juga menerusi PNS berhasrat bekerjasama dengan KPWKM untuk mengenal pasti perniagaan yang dimiliki wanita yang berpotensi dikembangkan sebagai jenama francais tempatan.
PNS menerusi pelan lima tahunnya, menyasarkan untuk mencapai minimum 5,000 kelulusan pembiayaan bagi usahawan yang dijangka dapat memperluas portfolio francais kepada RM700 juta selain mewujudkan 18,000 pekerjaan serta menyumbang sejumlah RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment