Biz @ My LNABM @ MY LNA

AirAsia X, ikhlas.com perluas jaringan ke Saudi dengan laluan Kuala Lumpur – Madinah

174

SEPANG, 4 Ogos 2024 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meraikan pencapaian signifikan dalam sektor pelancongan umrah mesra bajet hari ini dengan penerbangan sulung AirAsia X (AAX) dari Kuala Lumpur ke Madinah, Arab Saudi.

Penerbangan pertama D7 786 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 3:25 petang pada 4 Ogos 2024 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz (Madinah) pada 7:20 malam (waktu tempatan) dengan membawa 243 penumpang atau muatan melebihi 85%.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Hari ini menandakan satu lagi peristiwa penting untuk AirAsia X dan kami berbesar hati melancarkan penerbangan sulung ke Madinah. Perkhidmatan ini bukan sekadar penambahan kepada rangkaian AAX yang semakin berkembang; ia adalah jaringan penting yang menghubungkan para tetamu ke salah satu bandar paling suci dalam Islam. Kami juga berbesar hati sekali lagi berganding bahu dengan ikhlas.com yang menawarkan pakej Umrah mampu milik, menjadikan pengalaman ziarah dapat dinikmati oleh semua orang. Perkongsian ini mencerminkan dedikasi kami untuk memperkayakan pengalaman perjalanan para tetamu, memastikan mereka dapat melaksanakan tugas keagamaan mereka dengan mudah dan selesa. Kami berharap dapat mengumpulkan para jemaah serantau ke Madinah dengan penerbangan dua kali seminggu kami mulai hari ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Kami bersyukur dapat kembali ke Madinah, lokasi ziarah utama umat Islam yang juga laluan kedua AAX ke Arab Saudi selepas penyambungan semula perkhidmatan ke Jeddah pada November 2022. Dengan dua penerbangan seminggu ke Madinah, ikhlas.com mampu menawarkan pilihan yang lebih selesa dan berpatutan untuk lebih ramai tetamu dan jemaah Malaysia serta serantau untuk mengerjakan umrah.

“Usahasama kami dengan AAX merealisasikan misi ikhlas.com bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap pakej umrah mesra-bajet tapi komprehensif sama ada secara berkumpulan mahu pun Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) yang sentiasa mencari tambang yang rendah supaya lebih fleksibel untuk meneroka tempat-tempat menarik sekitar negara itu sambil mengerjakan umrah.”

Kumpulan ikhlas.com Umrah bersama Johan As’ari itu turut menerima pakej halal Wardah Umrah & Haji secara percuma yang menampilkan barangan mandian bebas alkohol dan pewangi bersaiz kembara termasuk Balsem Rawatan Bibir, Pembersih Rambut & Badan, Pembersih Muka, Pelindung Matahari SPF 50 PA+++, Pelembap Intensif, Deodoran Anti-Peluh dan botol semburan mini untuk Air Zam Zam.

Sempena meraikan penerbangan sulung itu, ikhlas.com menawarkan promosi ‘Sama-Summer Umrah’ dengan diskaun RM1,000 bagi setiap tempahan untuk 4 orang atau diskaun RM500 bagi setiap tempahan untuk 2 orang mulai 1 hingga 31 Ogos 2024.

Selain itu, tetamu juga boleh menempah pakej umrah dengan ikhlas.com bermula serendah RM4,990 untuk Umrah Super Economy; RM6,490 untuk Umrah Economy; RM7,390 untuk Umrah Standard atau RM8,090 untuk Umrah Premium. Semua pakej Umrah ikhlas.com termasuk penerbangan pergi balik dengan AAX. Untuk maklumat lanjut tentang pakej Umrah, sila rujuk di sini.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Madinah:

*Harga termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...