AMBM @ MY LNAPerladangan @ My LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

Pedalaman Sabah Sumbang 37.5 Peratus Pengeluaran Koko Negara

119
Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani telah mengadakan program Lawatan Kerja Turun Padang bersama Pekebun Kecil Koko di Kampung Liau Ulu, Keningau, Sabah. Sumber Foro Halaman X KPK

SABAH, 29 Julai 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani telah mengadakan program Lawatan Kerja Turun Padang bersama Pekebun Kecil Koko di Kampung Liau Ulu, Keningau, Sabah. Dalam majlis tersebut, beliau turut merasmikan Kursus Teknologi Pasca Tuai dan Pemantapan Kelompok Koko dan Mini Pemprosesan Koko Kampung Liau.

Menurut KPK, pada tahun 2023, Industri Koko telah menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM8.2 bilion. Ini jelas menunjukkan kepentingan industri ini dalam memangkin ekonomi negara. Sehingga Mei 2024, pendapatan eksport industri koko telah mencapai RM4.8 bilion iaitu kira-kira 58% berbanding pencapaian tahun lepas.

“Kawasan pedalaman Sabah telah menunjukkan pencapaian pengeluaran koko yang baik dengan menyumbang sebanyak 37.5% daripada jumlah pengeluaran koko negara. Beberapa pekebun kecil koko di kawasan ini telah berjaya mengeluarkan hasil tinggi koko sebanyak lebih 1,000 kg/hektar/tahun berbanding produktiviti nasional sebanyak 100kg/hektar/tahun. Sebahagian biji koko dari kawasan ini menjadi pilihan dan dibeli oleh pengeluar coklat single origin dan beans-to-bar.

Bagi menyokong pembangunan tanaman koko di Pedalaman Sabah, Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang melaksanakan beberapa program pembangunan seperti Program Pemulihan Kebun Koko, pembinaan Mini Pemprosesan Biji Koko serta menyampaikan teknologi pengurusan kebun koko melalui aplikasi teknologi IoT dan mekanisasi.” kata KPK.

Mini Pemprosesan Koko Kampung Liau Ulu telah siap dibina dengan kos sebanyak RM70,000 dan dimanfaatkan oleh seramai 80 orang pekebun kecil koko di kawasan sekitarnya. Sasaran pengeluaran adalah sebanyak 100 tan biji koko kering dijangka mampu memberi keuntungan melebihi RM200,000 setahun berdasarkan harga masa kini.

Bagi meningkatkan dan menarik minat penglibatan golongan belia dalam penanaman koko, LKM juga telah mewujudkan Kelab Belia Koko yang mana ahli-ahli kelab akan didedahkan dengan peluang menimba ilmu dan menambah pendapatan di dalam industri koko. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan isu mengenai kekurangan tenaga kerja di sektor penanaman koko di masa hadapan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...