BM @ MY LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

National Space Camp 2024 dedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa

122

CYBERJAYA, 29 Julai 2024 – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang hari ini telah merasmikan National Space Camp 2024 (Kem Angkasa Kebangsaan 2024) bertempat di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya.

Program pembudayaan sains yang bertemakan “Teknologi dan Pengembaraan Angkasa” itu merupakan kerjasama Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education UK, dengan sokongan oleh Agensi Angkasa Malaysia MYSA), MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MASIC (Malaysian Space Industry Consortium).

“Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa, Malaysia Space Exploration 2030 di samping menarik minat pelajar dan masyarakat terhadap sains dan teknologi angkasa. Ia juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran bagi industri angkasa tempatan selaras dengan Strategi 1, Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 yang telah dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), iaitu menggalakkan kesedaran dan minat dalam bidang berkaitan angkasa.

Dengan memperkenalkan program-program seperti Kem Angkasa Kebangsaan melalui kerjasama strategik, MOSTI yakin usaha ini dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta membina asas bakat tempatan yang kuat untuk menyokong agenda Ekonomi MADANI. Dengan usaha bersama, kita yakin dapat melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi khusunya dalam sektor angkasa selari dengan fokus kerajaan yang menumpukan kepada high growth high value sectors.” kata Chang.

Kem Angkasa Kebangsaan 2024 tersebut mensasarkan sehingga 1000 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, universiti termasuk orang awam bagi setiap siri yang akan diadakan di lima (5) negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak bermula Oktober sehingga awal Disember.

Penganjuran kem tu diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri, universiti awam tempatan dengan sokongan syarikat swasta. Selain kem angkasa, beberapa acara satelit juga akan dianjurkan seperti ucapan awam angkasawan NASA, pameran angkasa, cerapan langit, seminar pengembaraan angkasa, makan malam bersama angkasawan NASA & banyak lagi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...