Biz @ My LNABM @ MY LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

NCT Group Memperkenalkan Hotel 1001 Nights, Koleksi Trademark oleh Wyndham di Genting Highlands

266

Puchong, Julai 22, 2024 – Grand Ion Majestic (GIM) yang menjulang tinggi membawa Genting Highlands ke tahap yang lebih tinggi dengan Hotel 1001 Nights, yang terbaru dalam Koleksi Trademark oleh Wyndham yang akan dilancarkan oleh pemenang anugerah pemaju, NCT Group of Companies (NCT Group). Mengambil kira permintaan pengguna untuk pengalaman mewah yang unik, Hotel 1001 Nights telah dikonsepkan oleh pakar penjenamaan terkenal, Profesor Zhao Ming, Pengasas & Pengerusi Jiangda Design Co. Ltd, China, yang dijangka akan mengubah GIM.

Majlis tersebut juga menyambut istiadat ‘topping out’ bagi GIM, iaitu satu tradisi dalam industri pembinaan yang menandakan titik baharu apabila bahagian terakhir struktur bangunan telah disiapkan, dan bermulanya fasa seterusnya.

Dibina dengan kerjasama China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd (CSCEC), GIM mencerminkan kepakaran dan teknologi hijau yang canggih dari syarikat pembinaan terbesar di dunia sekaligus meningkatkan integriti struktur dan reka bentuk bangunan tersebut. Setelah selesai pembinaan, Hotel 1001 Nights akan menyumbang kepada peningkatan reputasi Genting Highlands sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Penglibatan CSCEC dan Profesor Zhao Ming adalah bukti kukuh hubungan erat antara China dan Malaysia yang mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan alam sekitar dan inovasi dalam industri pembinaan. Kedua-dua negara ini telah meraikan 50 tahun hubungan yang berakar umbi tahun ini, yang melambangkan hubungan budaya dan sejarah, serta semangat kerjasama.

Dato’ Sri Yap Ngan Choy, Pengasas dan Pengarah Urusan NCT Group, menekankan kepentingan acara ini dengan menyatakan, “Pelancaran Hotel 1001 Nights di bawah Koleksi Trademark oleh Wyndham menandakan pencapaian tertinggi bagi NCT Group, kami telah menaikkan penanda aras dalam sektor hospitaliti mewah dan menjadikan Genting Highlands sebagai sebuah destinasi yang pilihann pelancong dan pengembara yang mencari luar biasa. Dengan kemahiran pakar penjenamaan Profesor Zhao Ming yang telah berjaya mengaspirasikan serta mencipta keajaiban seni bina yang melambangkan dekad kecemerlangan yang telah menjadi komitmen dan reputasi cemerlang NCT Group dalam pembangunan hartanah.”

Acara tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat Cik Leong Yu Man, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pahang bagi Perpaduan, Pelancongan & Kebudayaan; Yang Berbahagia Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia; dan Tuan Zain Azrai bin Rashid, Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026.

Encik Mao Bao Jiang, Timbalan Pengurus Besar CSCEC, berkata, “Dengan selesainya pembinaan GIM, ia telah menekankan hubungan kukuh antara CSCEC dan NCT Group. Selain daripada komitmen bersama kami terhadap piawaian industri bertaraf dunia, kerjasama antara NCT Group dan CSCEC juga mencerminkan sinergi kuat antara kedua-dua negara. Kami optimis mengenai prospek ke hadapan dan berharap untuk lebih banyak kerjasama dan kejayaan yang berterusan bersama NCT.”

Hotel 1001 Nights adalah sebuah tempat tersimpannya pelbagai kisah yang membawakan pengalaman mewah dengan impak mendalam dari segi emosi kepada para pengunjung. Lobi bertemakan Sungai Bintang dan Taman Pavilion dengan tema Langit dapat memberikan inspirasi dari segi kreativiti, manakala Hall of Human Stories membolehkan tetamu menemui dan memelihara kenangan berharga seumur hidup. Tersergam indah sebagai bangunan pencakar langit, hotel ini menggambarkan keindahan hidup dan membawa kisah-kisah dunia. Menurut pakar penjenamaan Profesor Zhao Ming, Pengasas dan Pengerusi Jiangda Design Co. Ltd, China serta Pengarah Perancangan Pusat Penyelidikan Seni dan Reka Bentuk Universiti Tongji, dengan penglibatan pengunjung dalam naratif aspirasi seperti itu, Hotel 1001 Nights akan menjadi tempat tersimpannya pelbagai kisah dan pengalaman manusia yang pelbagai.

“Malaysia giat mempromosikan pelancongan buday yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan perpaduan yang kukuh antara pelbagai etnik,” kata Profesor Zhao Ming, yang juga merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Perancangan Anugerah “Masters Award” Reka Bentuk Kebangsaan. Muzik, persembahan, seni, dan krafnya kaya dengan penceritaan untuk meraikan warisan yang mendalam. Legenda 1001 Malam adalah sebuah naratif berpengaruh kelas dunia yang dilengkapi kepelbagaian budaya Malaysia. Mengambil inspirasi dari konsep ini, matlamat kami adalah untuk mengubah GIM menjadi Hotel 1001 Nights, di mana hotel ini berfungsi sebagai platform untuk penceritaan, membentuk pengalaman yang boleh berimaginasi serta menarik bagi semua orang.”

GIM sedang dibangunkan dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 1.6 bilion dan akan menampilkan ruang runcit yang berukuran seluas 178,000 kaki persegi menawarkan pelbagai pengalaman membeli-belah dan tempat makan.

GIM, bersama Hotel 1001 Nights, juga dijangka akan meningkatkan kadar pelancongan di Genting Highlands dengan menarik pelbagai jenis pengunjung, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara. Ini sejajar dengan matlamat pelancongan negara, terutamanya inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bertujuan menarik 35.6 juta pelancong.

Dato’ Sri Yap menambah, “Dengan memperkasakan tawaran hospitaliti dan mempamerkan warisan budaya dan semula jadi Malaysia, Hotel 1001 Nights di GIM akan menyumbang secara efektif untuk mencapai jumlah pelancongan yang dijangka, sambil meningkatkan profil negara di peringkat serantau.”

Majlis ‘topping out’ GIM oleh CSCEC telah pun diadakan pada Jun 2024. Pembukaan awal Hotel 1001 Nights akan dijadualkan bermula pada suku keempat tahun 2024.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...