BM @ MY LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Bakat-Bakat Muda akan memimpin Malaysia ke Era Kecemerlangan Teknologi dengan Asas yang Kukuh dalam Bidang Sains dan Teknologi

129

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Malaysia perlu membina kapasiti, keupayaan dan kecekapan generasi baharu, dimana ianya penting untuk memupuk mereka dari usia muda dengan asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi. Usaha ini akan membentuk mereka menjadi bakat yang mampu memimpin negara ke era kecemerlangan teknologi yang harmoni seiring dengan pembangunan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal berkata, “MOSTI memperjuangkan pelbagai inisiatif dan program yang direka untuk mengarusperdanakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Melalui usaha bersama, MOSTI berharap dapat menangani isu kekurangan minat dalam bidang berkaitan sains yang merupakan punca utama pendaftaran rendah dalam bidang STEM oleh 53.1% responden kajian Kesedaran Awam mengenai STI Malaysia 2022.

Beliau ditemui semasa majlis pelepasan pemenang National Science Challenge (NSC) 2023 bagi lawatan sambil belajar mereka ke 8 th Belt dan Road Teenager Maker Camp & Teacher Workshop di Kunming, China. Pemenang bagi NSC 2023 ialah Kolej Yayasan Saad.

MOSTI, sebagai contoh, telah menganjurkan Minggu Sains Negara sejak 2018. MSN dirangka bagi melengkapkan kurikulum pendidikan sedia ada dengan aktiviti luar bilik darjah dan program yang lebih interaktif. Pada tahun 2023, MSN telah menarik hampir 600,000 peserta dalam sesi dalam talian dan fizikal.

“Di bawah payung MSN, saya menghargai Akademi Sains Malaysia (ASM) atas usaha berterusan mereka dalam memupuk dan membangunkan bakat STEM melalui program National Science Challenge. Sepanjang 19 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1999, NSC telah menjadi salah satu pertandingan sains utama untuk pelajar sekolah menengah di Malaysia. Pada tahun 2023, penyertaan NSC telah merekodkan pencapaian penglibatan lebih daripada 9,000 pasukan dengan hampir 30,000 pelajar sekolah menengah telah terlibat,” tambah Mohammad Yusof.

Selain itu, MOSTI juga sedang mempergiatkan usaha bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman saintifik kepada komuniti tempatan. Pusat Sains Negara (PSN) dan ASM telah melaksanakan program Kembara Sains Borneo (KSB) di Sabah bagi mendekati pelbagai kumpulan komuniti di kawasan tersebut, terutamanya di lokasi yang lebih terpencil. Edisi kedua KSB akan diadakan tahun ini di Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Ranau, Kota Belud, Kinarut, Papar, Telupik, Tuaran, dan Kota Kinabalu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...