AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

356

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengurusan dan operasi melibatkan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) iaitu Pusat Pemulihan Baitul Islah bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor.

MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil sementara bagi pihak MAIS pula ditandatangi oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar.

Menurut AADK, program kerjasama antara AADK-MAIS tersebut telah bermula sejak 18 Disember 2017 bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada klien termasuk yang mempunyai masalah HIV/AIDS. Penempatan klien dikhususkan kepada klien beragama Islam dan ketika ini hanya dikhaskan kepada klien lelaki sahaja.

“Selain itu, MoU ini juga diadakan untuk membimbing klien berkenaan agar terus kuat dan mahir untuk dalam menghadapi stigma sekali gus dapat berfungsi serta produktif dalam masyarakat. Ia juga sebagai galakkan untuk mereka hadir mendapatkan rawatan pemulihan penagihan dadah secara sukarela.

Perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia memasuki fasa baharu apabila pindaan Akta PenagihDadah (Rawatan& Pemulihan) 1983 (Akta 283) telah dibentangkan dan dibahaskan dalam parlimen. Antara intipati pindaan adalah peluang kepada penagih dadah untuk hadir mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela.” kata AADK.

Melalui akta baharu itu, kaedah pengurusan pusat pemulihan dan kaedah pengurusan klien dalam komuniti turut diberi nafas baharu dengan menyediakan perkhidmatan bersesuaian dan bersifat kemanusiaan.

“Pelaksanaan kaedah ini akan memberi lebih banyak peluang kepada klien untuk bersama masyarakat sekali gus mampu mengurangkan stigma yang seterusnya membantu dalam proses kepulihan klien sepanjang hayat.” ujar AADK.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...