Pertanian @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Malaysia dan Filipina bincang tingkatkan kerjasama dua hala pertanian

130

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 –Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, PYT Maria Angela Abrera Ponce di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada Rabu lepas.

Ia merupakan pertemuan kali pertama diadakan sejak PYT Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.

Menurut KPWKM, PYT Angela memaklumkan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di Rantau ASEAN, dan beliau telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Filipina untuk mengukuhkan kerjasama pertanian terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan dengan Malaysia.

“Data perdagangan bagi tahun 2023 merekodkan nilai eksport dari Malaysia ke Filipina sebanyak RM5.41 bilion berbanding nilai import dari Filipina ke Malaysia sebanyak RM1.28 bilion seterusnya menyumbang kepada imbangan perdagangan positif kepada negara.

Kedua-dua pihak juga telah membincangkan cadangan meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pertanian antara Malaysia dengan Republik Filipina dari aspek perdagangan pertanian serta kerjasama teknikal dalam sub-sektor tanaman, ternakan dan perikanan.” kata KPKM.

Di akhir pertemuan, Mohamad telah menjemput PYT Angela ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September ini dan turut mempelawa penyertaan pihak Republik Filipina dalam acara dwi-tahunan tersebut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...