Biz @ My LNABM @ MY LNA

Air Selangor Rangkul Syarikat Terbaik Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024

1.3k

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air – Anugerah Pengurusan Komuniti di Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Anugerah ini merupakan satu penghormatan terhadap komitmen dan usaha berterusan kami dalam memacu perubahan positif kepada komuniti akar umbi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia juga selari dengan janji jenama kami bagi memastikan Setiap Titis Bermakna untuk kesemua 9.3 juta pengguna kami.

“Penghargaan ini turut mencerminkan dedikasi Air Selangor dalam memastikan kualiti perkhidmatan air yang tinggi serta usaha gigih dan berterusan dalam mempromosikan kelestarian dan tanggungjawab sosial.”

Di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, Air Selangor telah melaksanakan tiga program utama iaitu Box of Hope, Sambutan Perayaan untuk Golongan Kurang Berkemampuan (Festive CSR) dan Pemerkasaan Pembelajaran dalam Talian, dan disokong oleh program sukarelawan kakitangan Hydro Heroes.

Program perintis Box of Hope telah memberi impak besar kepada komuniti, di mana sebanyak 5,775 keluarga telah menerima manfaat daripada program ini sejak dilancarkan pada 2020. Air Selangor juga mengambil pendekatan proaktif dengan menyalurkan sumbangan ke rumah kebajikan semasa musim perayaan, di mana sejak 2021, Air Selangor telah mengagihkan bekalan bantuan kepada 3,746 penerima di 54 rumah kebajikan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor juga turut menyediakan akses kepada kursus pendidikan interaktif melalui Pemerkasaan Pembelajaran dalam Talian kepada pelajar golongan B40 untuk terus menerima pendidikan berkualiti. Pada tahun 2023, Air Selangor telah bekerjasama dengan Pandai Education untuk memberikan akses kepada aplikasi Pandai Premium, pelan langganan pendidikan yang komprehensif secara digital. Sehingga kini, sejumlah 375 pelajar SPM telah mendapat manfaat daripada akses tersebut.

Sejajar dengan komitmen syarikat dalam menggalakkan penyertaan kakitangannya, Air Selangor melancarkan program sukarelawan Hydro Heroes untuk menyemai semangat kesukarelawanan kakitangannya supaya mereka dapat berbakti kepada masyarakat. Melalui program ini, sejumlah 259 kakitangan telah mengambil bahagian sepanjang program ini diperkenalkan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...