Oleh JomCheck
Ada yang bertanya kepada kami tentang kesahihan video yang menyatakan munculnya sindrom ‘turbo cancer’ bagi pengguna vaksin Covid-19.
Semakan kami mendapati ini adalah video yang muncul pada waktu Covid-19 masih aktif menyerang seluruh dunia.
Beberapa badan penyemak fakta dan pusat kajian perubatan juga telah mengeluarkan hasil semakan dan laporan menafikan tuduhan ini.
Kami petik sumber dari Reuters Fact Check untuk anda:
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Istilah ‘turbo cancer’ direka oleh seorang doktor perubatan keluarga, Dr. Charles Hoffe pada 11 November 2022.
Sumber: Reuters Fact Check
https://www.reuters.com/article/fact-check/no-evidence-covid-19-vaccines-cause-turbo-cancer-idUSL1N3340PQ/
Tambahan kepada penjelasan di atas adalah:
a. Temubual Reuters bersama lima pakar perubatan mengesahkan tiada kaitan antara vaksin Covid-19 sebagai penyebab kanser.
b. Dr. Hoffe tidak memberi respon ketika pihak Reuters menghubungi beliau untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan tuduhan ini.
c. Laporan beberapa pihak lain seperti Vaccine Resource Hub, University of Kentucky dan Factcheck.org yang dibuat pada tahun ini (2024) terus menafikan wujudnya sindrom ‘turbo cancer.’
Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!
Leave a comment