AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

258
Menteri Digital, Gobind Singh Deo. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 – Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Undang-Undang dan Refomasi Institusi, Dato’ Seri Azalina Othman, ketika mesyuarat Jemaah Menteri, membangkitkan perkara buli siber yang semakin meningkat. Kes Rajeswari Appham yang meninggal dunia baru-baru ini adalah satu-satunya kes sebegini.

Menurut Gobind, beliau telah menegaskan bahawa tindakan tegas dan segera harus diambil di dalam kes-kes buli siber.

“Dunia digital baharu memerlukan pendekatan baharu kepada cara kami berniaga, hidup dan belajar.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan bahawa Malaysia tidak tertinggal dalam perkembangan teknologi baru, usaha-usaha sedang diambil untuk melebarkan infrastruktur internet untuk membolehkan setiap lapisan masyarakat menggunakan dan menerima manfaat penuh teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan sebagainya.

Banyak lagi platform digital baharu akan didirikan dan digunakan untuk memperkasakan perniagaan kita dan taraf kehidupan kita.

Kami perlu memastikan bahawa platform yang didirikan adalah selamat dari sudut keselamatan siber, perlindungan data peribadi dan yang penting sekali, ianya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.” kata Gobind.

Tegas Gobind, kes-kes buli siber mesti dipandang serius dan ditangani dengan segera. Undang-undang harus digubal untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyalahgunaannya dan sekiranya berlaku, tindakan pantas harus diambil.

Katanya, undang-undang sediada, khususnya Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Komputer, memang wujud dan boleh dikuatkuasakan.

“Saya juga mencadang agar undang-undang baharu dipertimbangkan untuk meletakkan tanggungjawab ke atas tuanpunya platform agar memastikan bahawa tiada penyalahagunaan berlaku dan sekiranya ada, tindakan segera boleh diambil untuk menghalang keadaan sedemikian berterusan.

Kita perlu menghantar signal jelas bahawa kita serius dalam hal mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini dan semua pihak yang berkaitan mempunyai peranan penting yang perlu dilaksanakan bagi tujuan tersebut.

Kementerian saya akan menyokong usaha-usaha Menteri Komunikasi untuk memperkukuhkan lagi perundangan yang sediada atau memperkenalkan undang-undang baharu ke arah tersebut dalam masa hadapan.” ujar Gobind.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan keadilan dapat dilaksanakan untuk mangsa-mangsa.

“Kementerian saya juga sedia membantu di dalam perkara ini sekiranya sebarang bantuan diperlukan.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...