BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAHKHM2024Seni & Budaya @ My LNAUTAMA

Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

294

Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu.

Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni.

“Tepuk amai-amai.. belalang…“

Mungkin sebahagian besar daripada pembaca telah membaca ayat di atas dengan dendangan melodi yang sama dan akan secara tidak sedar turut menyambung liriknya, termasuklah penulis sendiri. Lagu dodoi kanak-kanak dalam Bahasa Melayu ini tidak asing bagi semua bangsa di Malaysia dan apabila didendangkan akan membawa senyuman kepada pendendang itu sendiri dan juga yang didendangkan. Banyak lagi lagu-lagu lain yang membawa penulis sendiri mengenang memori zaman kanak-kanak dan secara tidak sedar bidang seni ini telah menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat Malaysia sejak daripada mereka kecil lagi. Jika difikirkan, nyanyian lagu Negaraku di sekolah juga adalah satu sumbangan bidang seni kepada perpaduan di Malaysia. Setiap kali lagu Negaraku dinyanyikan, setiap rakyat Malaysia akan merasakan semangat perpaduan dan bangga dalam hati masing-masing tanpa mengira latar belakang dan perbezaan.

Tidak lengkap rasanya berbicara tentang sumbangan bidang seni kepada perpaduan di Malaysia ini tanpa menyebut nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tokoh budaya dan seni yang tidak asing kepada semua rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa setiap filem yang beliau hasilkan, pasti akan turut memaparkan elemen masyarakat Malaysia yang hidup harmoni dalam sesebuah komuniti walaupun jalan cerita lebih berkisar kepada komuniti orang Melayu. Walaupun begitu, filem-filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini tetap diminati dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Begitu juga dengan lagu-lagu yang beliau hasilkan, ianya tetap evergreen dan tidak pelik jika ianya dinyanyikan oleh selain daripada bangsa Melayu kerana seperti filem, muzik juga menyemarakkan lagi kebersamaan antara kita semua.

Bidang seni dan kreatif akan terus memainkan peranan dalam menyemai dan menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia, menyatukan kita rakyat Malaysia dalam satu melodi harmoni. Semestinya ini adalah sejajar dengan asas dan halatuju Kerajaan Perpaduan MADANI yang turut menyediakan pelbagai inisiatif dalam menzahirkan sokongan terhadap perkembangan industri ini di Malaysia. Karya seni seperti muzik, filem, dan seni visual turut membawa kita untuk menghargai keindahan kepelbagaian budaya yang ada di negara ini. Tokoh-tokoh seni seperti Allahyarham Sharifah Aini dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah membuktikan bahawa seni mampu menjadi jambatan yang menghubungkan hati dan jiwa rakyat Malaysia. Bak kata Susan Lankaster, “Orang Putih ke Orang Hitam ke Orang Cokelat ke Orang Biru ke… Kita SEMUA orang Malaysia kan.!”

Selamat menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2024, MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...