AMBernamaBM @ MY LNA

Masjid Pertama di Pahang dinobatkan sebagai Masjid Hijau

66
Datuk Nur Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, menyerahkan pengiktirafan Rumah Ibadat Hijau kepada Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Dr. Hj. Abdullah bin Ismail; Disaksikan oleh Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Dato’ Zainal Abidin bin Md Amin, Timbalan Pengerusi Masjid, dan Tn. Hj. Ismail bin Mohd Amin, Ahli Lembaga Pengarah MGTC.

Pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar~

TEMERLOH JAYA, 9 Julai 2024 (Bernama) — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau. Masjid ini bakal menjadi mercu tanda amalan mesra alam dan mempromosikan gaya hidup hijau yang mengurangkan pencemaran, terutamanya pelepasan gas rumah hijau.
 
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menegaskan bahawa inisiatif di sebalik program RIH adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bumi, tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup individu, seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih produktif. Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival ini adalah memanah, sepak takraw, larian keluarga ceria, pertandingan mewarna, kutip sampah sambil beriadah, pameran kelestarian alam, dan pameran kenderaan elektrik.
 
Mempromosikan gaya hidup hijau melibatkan penerapan amalan mesra alam yang mengurangkan impak kepada alam sekitar. Ini termasuk penggunaan teknologi cekap tenaga, langkah-langkah penjimatan air, dan amalan pengurusan sisa yang lestari. Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut mempamerkan bagaimana teknologi hijau boleh diintegrasikan dalam kehidupan seharian, selain memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat.
 
Program RIH telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan sehingga tahun 2023 dengan 64 masjid berdaftar sebagai RIH, 29 masjid melaksanakan program lestari. Inisiatif ini telah mencatatkan pengurangan pembebasan gas karbon dioksida sebanyak 286 tan (tCO2), bersamaan dengan penanaman sekurang-kurangnya 7,150 pokok matang.
 
Turut hadir ke karnival ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Nur Yahati Awang yang mengalu-alukan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada sektor swasta dan orang ramai untuk menyokong program RIH di seluruh Malaysia, kerana ia akan menjadi pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar dan menjadi tauladan bagi gaya hidup hijau di setiap lapisan masyarakat.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, “Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat, malah ia harus dimartabatkan sebagai pusat komuniti setempat yang dapat membudayakan aktiviti untuk segenap lapisan masyarakat. Inisiatif RIH harus diteruskan bagi mencerminkan komitmen dan usaha kolektif pihak kementerian dan agensi-agensi terlibat dalam menyokong kelestarian alam sekitar, serta membentuk masyarakat yang lebih sihat dan produktif untuk masa hadapan negara yang lebih baik.”

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaLain-lain

Platform Baharu Membolehkan Syarikat Insurans Asia Pasifik Memanfaatkan Pertumbuhan

Syarikat menerima guna sistem teras moden untuk ketangkasan, pelancaran produk dengan lebih...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai....

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 – Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MCMC dan PDRM akan teliti SOP bagi mudahkan aduan buli siber

CYBERJAYA, 13 Julai 2024 – Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi...