BernamaBiz @ My LNABM @ MY LNA

Bank Muamalat Tawar Kemudahan Wakalah Zakat, Tampil Sebagai Alternatif Agihan Zakat

72
En Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat menerima serahan Wakalah Zakat bernilai RM150,000 bagi tujuan dana pusingan bagi pembiayaan usahawan mikro iTEKAD daripada Dr. Khairi Majid, Pengasas KMF Network.

Dua Syarikat Lantik Bank Muamalat Urus Wakalah Zakat Berjumlah RM174,000
 
KUANTAN, 9 Julai 2024 (Bernama) — Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) kini menawarkan perkhidmatan pengurusan wakalah zakat kepada individu atau syarikat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
 
Dua syarikat pertama iaitu KMF Network dan Muamalat Invest Sendirian Berhad masing-masing menyerahkan sejumlah RM150,000 dan RM24,000 kepada Bank Muamalat untuk diagihkan kepada penerima yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
 
Bank Muamalat akan mengagihkan wakalah zakat sebanyak RM150,000 daripada KMF Network kepada usahawan mikro dan asnaf menerusi pembiayaan iTEKAD Bank Muamalat bagi membantu mereka menjana pendapatan yang mampan dan memperkukuh pengurusan kewangan. Manakala wakalah zakat berjumlah RM24,000 daripada Muamalat Invest Sendirian Berhad akan diagihkan kepada Yayasan UNITI bagi tujuan pembelian kaki palsu yang akan memanfaatkan golongan yang memerlukan.

Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat berkata, “Inisiatif ini merupakan perkongsian pintar di antara Bank Muamalat dan pelanggan yang membayar zakat dalam usaha berterusan memperkasakan pengagihan zakat kepada asnaf, di samping memberi kemudahan kepada para pembayar zakat terutama pelanggan Bank Muamalat dalam menunaikan tuntutan zakat mereka.”
 
“Sebagai institusi perbankan Islam penuh, Bank Muamalat sentiasa komited dalam menyokong perkembangan institusi zakat yang membolehkan dana zakat dapat diagihkan secara lebih meluas serta menyeluruh bagi memastikan kebajikan dan kelangsungan kehidupan golongan kurang berkemampuan terus terbela.
 
“Sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat, Bank Muamalat mengalu-alukan individu dan entiti perniagaan untuk mewakilkan Bank Muamalat bagi menguruskan wakalah zakat mereka. Bank Muamalat akan menguruskan pengagihan zakat ini secara telus dan tiada caj dikenakan.” katanya.
 
Majlis penyerahan wakalah zakat kepada Bank Muamalat telah diadakan di Karnival Celik Kewangan Pahang, Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Khairi A. Majid, Pengasas KMF Network dan Puan Khadijah Sairah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Muamalat Invest Sendirian Berhad.
 
Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan wakalah zakat individu atau perniagaan, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut.
 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

Pulangan Menarik Hektar REIT kepada Pemegang Saham Diiktiraf di Centurion Club Awards 2024

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2024  – Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (“Hektar Asset...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

MIDA congratulates launch of Sarawak Petchem’s RM7 billion Methanol Complex, catalysing Bintulu’s rise as a Petrochemical Hub

KUALA LUMPUR, July 23 2024 (Bernama) — The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) congratulates Sarawak...