AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Tanggungjawab bina dan selenggara parit di bawah PBT

143
Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof . Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 – Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa pengurusan sistem saliran dan perparitan diuruskan oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuklah juga lain-lain agensi dan pemaju berkaitan.

Menurut Fadillah di sidang Dewan Rakyat pagi ini, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terbabit dalam memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik.

Bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi, Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan atau perbandaran adalah dibawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran semulajadi yang melibatkan sungai dan anak sungai adalah di bawah tanggungjawab JPS.

Sejumlah RM410 juta telah diperuntukkan untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) kepada setiap negeri.” kata Fadillah.

Tambahnya, JPS juga memperuntukkan sebanyak RM 540 juta di bawah RMKe-12 bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka bertujuan memulihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara.

“Walau bagaimanapun, agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan semasa setiap negeri. Secara keseluruhannya, sebanyak RM950 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja kecemasan luar jangka.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...