BernamaLain-lain

MCMC rakam percakapan aktivis sosial, bantu siasatan kes yang sedang dijalankan

63

CYBERJAYA, 5 Julai (Bernama) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.

Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

MCMC ingin menjelaskan bahawa Hishammuddin Md Rais bukan subjek siasatan, sebaliknya tindakan tersebut diambil bertujuan untuk merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog “TukarTiub” miliknya.

Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat, dan siasatan telah selesai pada pukul 6.45 petang.

MCMC menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaLain-lain

Platform Baharu Membolehkan Syarikat Insurans Asia Pasifik Memanfaatkan Pertumbuhan

Syarikat menerima guna sistem teras moden untuk ketangkasan, pelancaran produk dengan lebih...

Dunia @ MY LNAGlobe NewswireLain-lain

OSL Memenangi Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik di HFM Asia Services Awards 2024

HONG KONG, July 13, 2024 – OSL, peneraju platform aset digital berperaturan...

BernamaMy LNA EnglishTechnology @ My LNA

Noventiq Malaysia Recognized As Winner Of 2024 Microsoft Country Partner 

Noventiq Malaysia recognized for providing outstanding solutions and services. The company has...

AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Makluman produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 (Bernama) — Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian...