AMBM @ MY LNA

Kakitangan MBMB manfaatkan Telegram ‘MyMelaka News’

60
KAKITANGAN MBMB melayari saluran Telegram MyMelaka News bagi mendapatkan pelbagai informasi dan berita mengenai Negeri Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI

AYER KEROH 5 Julai – Saluran Telegram ‘MyMelaka News’ dimanfaatkan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa negeri ini.

Pembantu Tadbir di Jabatan Kejuruteraan MBMB, Maznirah Ab Rahman berkata, aplikasi inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf itu amat membantu dalam menyebar luas aktiviti, program, dasar dan sebarang hebahan yang membabitkan penduduk negeri ini.

Katanya, sejak dilancarkan Mei lalu aplikasi itu mendapat maklum balas yang amat poisitif daripada warganet khusus penjawat awam.

“Paling saya suka adalah, menerusi platform ini kita boleh berinteraksi, memberikan cadangan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan.

“Saya selaku penjawat awam menyokong inisiatif ini memandangkan Negeri Melaka kini sedang menuju ke era digitalisasi,” katanya.

Sementara itu Zainal Haris Mazlan, bertugas di Jabatan Sumber Manusia MBMB mencadangkan agar beberapa penambahbaikan dilaksanakan pengendali platform itu bagi menarik lebih ramai pengguna.

“Telegram MyMelaka News ini bukan sahaja boleh menjadi medium perkongsian berita atau maklumat terkini, sebaliknya dimanfaatkan untuk hebahan seperti jawatan kosong atau tawaran menarik sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Bukan sahaja untuk orang Melaka, saluran ini juga patut dimanfaatkan oleh orang luar negeri ini. Banyak maklumat dan tip menarik mengenai Melaka boleh didapati mereka melanggani saluran telegram MyMelaka News,” katanya.

Manakala Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Kejuruteraan MBMB Muzalina Mohamad berkara saluran telegram itu perlu diuar-uarkan kepada pengguna dari luar Melaka.

“Saya membandingkan berita atau info sahih dalam telegram MyMelaka News ini lebih pantas dan cepat. Saya menyokong kewujudan saluran ini dan berharap ramai lagi penjawat awam cakna akan kewujudan laman ini.

“Selain itu, saya harap MyMelaka News ini dapat menarik lebih ramai pengguna bukan sahaja terdiri daripada penjawat awam malahan pengguna yang bekerja swasta dan orang luar Melaka,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Melaka perluas program berlandaskan nilai Islam – KM

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI PAYA RUMPUT 7...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Samar, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Samar, Filipina pada pukul...

AMBM @ MY LNAUTAMA

Berkat miliki ilmu asas penyelamat, tiga pelajar Politeknik nekad selamatkan dua kanak-kanak hampir lemas

TERENGGANU, 6 Julai 2024 – Tanpa memikir panjang, tiga pelajar politeknik nekad...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

TEX CYCLE Umum Perpindahan Ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2024 – Tex Cycle Technology (M) Berhad (M) Berhad (“Tex Cycle”...