Biz @ My LNABM @ MY LNA

Minetech Resources peroleh kontrak RM16.1 juta daripada Mah Sing Group untuk projek M Nova

75

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2024 – Minetech Resources Berhad (“Minetech” atau “Syarikat”), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Minetech Construction Sdn Bhd (“MCSB”), telah menerima Surat Anugerah (“ LOA”) daripada MyVilla Development Sdn Bhd (“MyVilla”), anak syarikat Mah Sing Group Berhad, untuk menaik taraf dan membina jalan luar dan saliran untuk projek M Nova di Kuala Lumpur. Kontrak itu bernilai RM16.1 juta.

Encik Abang Abdillah Izzarim

Projek M Nova membabitkan pembangunan 2,080 unit pangsapuri merentasi tiga blok di Jalan Lingkaran Tengah II, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, di mana Fasa 1 terdiri daripada Menara A & B dengan 624 unit pangsapuri setiap satu, manakala Fasa 2 terdiri daripada Menara C, dengan jumlah keseluruhan 832 unit pangsapuri.

Encik Abang Abdillah Izzarim, Pengerusi Eksekutif Minetech, menyatakan mengenai projek baharu itu: “Kami berbesar hati kerana telah dianugerahkan kontrak penting ini daripada MyVilla Development. Projek ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian kami dengan Mah Sing Group tetapi juga menekankan keupayaan kami dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan berkualiti tinggi. Kami komited untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan pada standard tertinggi, menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri.”

Pada pukul 5 petang 3 Julai 2024, harga saham Minetech ditutup pada RM0.150, mencerminkan modal pasaran RM267.7 juta.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Statistik mengenai...

AMBM @ MY LNAHKHM2024UTAMA

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

SELANGOR, 22 Julai 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru...