AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Berlaku penurunan kes penyeludupan diesel selepas penyasaran subsidi

126

PUTRAJAYA, 4 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel serta petrol RON95 di seluruh negara selepas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang bermula 10 Jun 2024.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu kenyataan hari ini, berdasarkan perbandingan bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel telah menunjukkan penurunan signifikan.

“Bagi tempoh 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter. Manakala bagi tempoh 10 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024, iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi ini dilaksanakan, statistik menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkan
di seluruh negara melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter.

Perbandingan ini menunjukkan berlakunya penurunan rampasan diesel sebanyak 87% selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Jumlah individu yang telah ditahan bersabit kes diesel juga berkurangan dalam tempoh yang sama daripada 40 orang kepada seorang sahaja.” kata Armizan.

Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan bagi kes yang melibatkan rampasan petrol RON95 iaitu 37 kes dengan rampasan 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei 2024 sehingga 9 Jun 2024, berbanding 46 kes dengan rampasan 14,011 liter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Jumlah tangkapan pula telah meningkat daripada 10 orang kepada 17 orang dalam tempoh yang sama.

KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah OPS TIRIS 3.0 di seluruh negara dengan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan.” kata Armizan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai....

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Kes buli siber harus dipandang serius dan ditangani dengan segera – Gobind

PUTRAJAYA, 13 Julai 2024 – Menteri Digital, Gobind Singh Deo bersama-sama Menteri...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MCMC dan PDRM akan teliti SOP bagi mudahkan aduan buli siber

CYBERJAYA, 13 Julai 2024 – Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi...