Biz @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Adrian Ridge Dilantik Sebagai KPE Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

58

TEMECULA, California, July 03, 2024 – Berkuatkuasa daripada 1 Julai, 2024, Adrian Ridge ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Industri Nikkiso Co. Ltd. Ridge menggantikan Peter Wagner yang kekal sebagai Pengerusi Eksekutif untuk Lembaga Nikkiso CE&IG Group.

Sebagai KPE, Ridge akan memacu keputusan operasi dan kewangan serta menyediakan Kumpulan untuk pertumbuhannya pada masa hadapan. Dalam peranan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Wagner akan menumpukan kepada pemacuan wawasan dan strategi jangka panjang Kumpulan dalam tugas beliau sebagai penasihat.

“Saya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Adrian bagi pihak Lembaga atas kenaikan pangkat beliau kepada KPE,” kata Wagner. “Beliau ialah seorang pemimpin yang terbukti memberikan sokongan pada waktu yang tepat kepada pertumbuhan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases untuk pencapaian yang lebih tinggi.”

“Saya belum pernah sebegini teruja terhadap potensi sebuah syarikat seperti apa yang saya rasa terhadap Nikkiso,” kata Ridge. “Kami mempunyai semua keperluan yang tepat untuk menjadi peneraju dalam setiap pasaran yang kami ceburi dalam setiap rantau di seluruh dunia. Saya berbesar hati dan bersyukur ke atas peluang sekali seumur hidup ini.”

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

Proven Land umum perkongsian dan pelaburan dalam Exsim, disokong oleh Octowill Amanah

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2024 –Proven Land Sdn Bhd (Proven Land). dengan sukacitanya...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Pembukaan “negaraku” di Ruang Pameran Depot Bas Hin

Persembahan oleh pengumpul Bingley Sim dan Ima Norbinsha PULAU PINANG, 5 Julai 2024 – “negaraku”, mungkin...